Parlimen boleh bersidang semasa darurat – Agong

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh proklamasi darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri.

Menurut kenyataan media Istana Negara hari ini, pandangan Seri Paduka Baginda itu seperti mana termaktub dalam sub perenggan 14(1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Seri Paduka Baginda yang menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini telah menegaskan dalam sesi itu bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak Eksekutif, Kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip tersebut.

“Oleh demikian tanggapan sesetengah bahawa pelaksanaan Proklamasi Darurat menghalang Parlimen bersidang adalah tidak tepat.

“Ditegaskan bahawa perkenan Seri Paduka pada nasihat Perdana Menteri mengenai pengisytiharan proklamasi darurat 12 Januari lalu adalah semata-mata sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19 yang meragut lebih 1,000 nyawa,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Dato Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.

Menurut Ahmad Fadil, dalam sesi menghadap hari ini, Seri Paduka Baginda juga mengambil maklum atas hal-hal sampingan berkaitan budaya, warisan dan etika tataperlakuan AhliAhli Dewan Rakyat dan Dewan Negara semasa melunaskan tanggungjawab berbahas dan bertindak agar sentiasa bersifat mulia dan dipandang tinggi.

Baca artikel berkaitan: Tun Ariffin ketuai Jawatankuasa Darurat, Anthony Loke antara ahli

Dalam pada itu, kata kenyataan itu, Seri Paduka juga mengambil kesempatan ini menzahirkan penghargaan kepada kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta agensi kerajaan yang berkait di atas usaha merealisasikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula hari ini.

Tambah kenyataan itu, Seri Paduka Baginda juga menzahirkan setinggi penghargaan kepada para wira dan wirawati petugas barisan hadapan di atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira masa dan penat lelah dalam memerangi wabak COVID-19.

“Seri Paduka Baginda turut mengajak rakyat untuk bersama Baginda mendoakan
semoga negara ini sentiasa dilindungi dan bebas dari wabak ini dengan segera,” kata kenyataan itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This