UEM Edgenta tumpu usaha kukuh momentum pertumbuhan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UEM Edgenta Berhad memberi terus memperkukuh momentum pertumbuhan selepas mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 26 peratus pada kadar RM607.3 juta dalam suku keempat tahun kewangan 2020 berbanding suku sebelumnya iaitu sebanyak RM482.9 juta.

Pada masa sama, syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur itu juga akan menumpukan usaha untuk melaksanakan projek-projek di bawah sektor kesihatan dan infrastruktur yang merupakan industri utama UEM Edgenta.

Bagi tempoh suku keempat 2020, keuntungan kasar UEM Edgenta turut melonjak 105.6 peratus kepada RM107.9 juta berbanding RM52.5 juta dalam tempoh tiga bulan sebelumnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin (gambar) berkata, syarikat berkenaan telah membuktikan daya tahan sepanjang pandemik Covid-19 dengan penambahan kontrak-kontrak baharu dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia, Singapura dan Taiwan.

Beliau berkata, UEM Edgenta turut memberi tumpuan kepada aliran tunai dan pengurusan sumber yang cermat.

“Kami akan terus meneliti dengan lebih mendalam inisiatif strategik untuk meningkatkan prestasi kewangan tahun ini melalui produk dan penyelesaian teknologi baharu serta meningkatkan lagi usaha kecekapan operasi meskipun berdepan cabaran ekonomi yang tidak menentu.

“Syarikat juga sedang giat menjalankan tinjauan terhadap unit-unit perniagaan dan struktur korporat yang juga sebahagian daripada tindakan proaktif untuk memacu penjimatan kos dan meningkatkan kecekapan merentasi semua bahagian perniagaannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: UEM Edgenta laksana program saringan COVID-19 untuk 3,755 pekerja barisan hadapannya

Walau bagaimanapun, bagi tempoh 12 bulan tahun kewangan 2020, keuntungan bersih dinormalisasi UEM Edgenta susut kepada RM64.9 juta dengan pendapatan berjumlah RM2 bilion berbanding untung bersih dan pendapatan masing-masing sebanyak RM188 juta dan RM2.4 bilion tahun sebelumnya.

UEM Edgenta memberitahu, ia mengambil kira penurunan nilai ‘one-off’ sebanyak RM50 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2020 yang juga sebahagian daripada usaha penstrukturan semula dan rasionalisasi perniagaan bukan teras ekoran kedudukan ekonomi global yang mencabar.

Prestasi berdasarkan setiap bahagian UEM Edgenta mendapati Sokongan Penjagaan Kesihatan telah memainkan peranan proaktif menyokong usaha pemulihan Covid-19 dengan syarikat itu menyediakan perkhidmatan kepada lebih 300 buah hospital di Malaysia, Singapura, Taiwan dan India.

UEM Edgenta berkata, bahagian tersebut kekal fokus mengukuhkan margin dengan mencatatkan pertumbuhan dalam pendapatan dan keuntungan pada suku keempat 2020 masing-masing sebanyak RM350.3 juta dan RM55.9 juta.

“Bahagian penyelesaian fasiliti dan hartanah pula mencatatkan pendapatan sebanyak RM51.2 juta tetapi merekodkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM600,000 bagi suku keempat tahun lalu.

“Satu lagi bahagian perniagaan kami iaitu perkhidmatan infrastruktur pula merekodkan prestasi pendapatan dan keuntungan sebelum cukai kukuh masing-masing sebanyak RM172.6 juta dan RM13.3 juta,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan dibangkitkan terhadap projek Battersea Power Station tidak berasas

DUA laporan forensik yang dikemukakan berhubung dakwaan penilaian harga tidak munasabah (overvaluation) dalam projek Battersea Power Station merumuskan bahawa...

More Articles Like This