KWSP lancar dana SMA ekuiti patuh syariah terbesar dunia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan dana akaun terurus berasingan (SMA) pelaburan langsung dan bersama ekuiti persendirian (PE) patuh syariah yang pertama serta terbesar di dunia dengan peruntukan berjumlah AS$600 juta (RM2.43 bilion).

Menerusi peruntukan tersebut, KWSP telah menubuhkan tiga dana SMA bernilai AS$200 juta (RM810.20 juta) setiap satu yang akan dikendalikan tiga pengurus dana PE iaitu BlackRock, HarbourVest Partners LLC dan Partners Group AG.

Ketiga-tiga pengurus dana itu diberi mandat global memberi tumpuan kepada strategi pelaburan langsung dan pelaburan bersama ke dalam urus niaga pertumbuhan serta pembelian.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias meluahkan rasa bangga apabila KWSP menjadi pelabur institusi pertama yang mewujudkan dana pelaburan langsung dan bersama PE patuh syariah sekali gus terbesar di dunia.

Menurutnya, usaha berkenaan bermula sejak tahun 2018 untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan demi memastikan KWSP dapat memberikan pulangan pelaburan mampan kepada ahli.

“KWSP yakin dengan ketiga-tiga pengurus dana tersebut untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pelaburan langsung dan bersama kerana mereka berpengalaman luas dalam mengendalikan pelaburan PE serta telah mempunyai pendedahan dalam menguruskan mandat patuh syariah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Impian pencarum tercapai, KWSP mansuhkan syarat pengeluaran i-Sinar

KWSP umum CEO baharu, khidmat Tunku Alizakri berakhir

Tempoh pelaburan bagi dana SMA berkenaan bermula tahun ini hingga 2025 sementara tempoh hayat dana akan berlangsung sehingga 2031 tertakluk kepada tempoh lanjutan seterusnya dengan persetujuan KWSP.

KWSP memberitahu, bahagian pelaburan PE Kumpulan tersebut mempunyai pendedahan terhadap pelaburan di peringkat global dengan strategi meliputi pertumbuhan, pembelian, permodalan pasaran sederhana dan besar ke dalam 106 pelaburan aktif dengan komitmen keseluruhan sebanyak AS$12.05 bilion (RM48.81 bilion).

Setakat suku kedua tahun 2020, Amerika Utara merangkumi 41 peratus, Eropah (21 peratus) dan China (12 peratus) merupakan tiga pecahan geografi terbesar di mana KWSP telah melabur di bawah mandat ekuiti persendirian.

Dana-dana SMA itu telah melantik Amanie Advisors Ltd., Dubai dan ZICO Shariah Advisory Services Sdn. Bhd. sebagai penasihat syariah untuk memastikan semua pelaburan adalah patuh syariah.

Dana-dana berkenaan telah dibentuk berdasarkan kepada struktur Wakalah atau gabungan struktur Wakalah dan Murabahah mengikut garis panduan pelaburan syariah.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This