Pengerusi JKKK, JKKB dapat bantuan RM1,000 minggu depan

Dari Penulis

KERAJAAN negeri Pahang memberi bantuan tunai RM1,000 seorang secara ‘one-off’ kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB) serta timbalan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR).

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian di bawah Bantuan Prihatin Pahang (BPP) itu merupakan tambahan RM750 kepada pengumuman asal sebanyak RM250 seorang yang dibentangkan pada Belanjawan Pahang 2021 pada 16 Nov tahun lepas.

“Pembayaran akan dibuat mulai minggu hadapan, melibatkan 675 penerima terdiri daripada 543 pengerusi JKKK, pengerusi JKKB (62 orang) dan timbalan pengerusi JKKR (70 orang) melibatkan peruntukan keseluruhan RM675,000,” katanya menerusi kenyataan di Kuantan, hari ini.

Wan Rosdy berharap pemberian itu akan membantu penerima untuk terus meningkatkan khidmat bakti mereka dengan lebih berkesan demi kemajuan dan kemakmuran kampung atau rancangan tanah yang diwakili.

BERITA BERKAITAN Telefon bimbit MB Pahang digodam pagi ini


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This