Kaukus Dewan Negara panggil Asyraf, 2 bekas menteri isu buku sejarah ‘agungkan’ komunis

Dari Penulis

KAUKUS Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara akan memanggil beberapa pihak bagi memberi penjelasan berhubung isu kandungan buku teks sejarah Tingkatan 4 yang didakwa terdapat fakta yang dimanipulasikan.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata antara yang akan dipanggil ialah Kementerian Pendidikan, dua bekas Menteri Pendidikan dan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang membangkitkan isu berkenaan sebelum ini serta beberapa pakar dalam bidang sejarah Malaysia.

Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat secara maya bersama anggota jawatankuasa kaukus minggu lepas dan surat rasmi akan dikeluarkan kepada Kementerian Pendidikan terlebih dahulu untuk hadir pada sesi pendengaran mesyuarat kaukus dalam tempoh terdekat ini.

“Hal sedemikian sangat serius kerana polemik ini pastinya memberi kesan dan membabitkan golongan pelajar, guru, pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta sistem pendidikan negara secara keseluruhannya.

BERITA BERKAITAN Jangan mandulkan amalan demokrasi berparlimen – Asyraf Wajdi

“Soal yang membabitkan pendidikan termasuk fakta sejarah perlu dilihat secara ilmiah dan intelektual, fakta yang benar dan tepat, tetapi bukanlah terarah dari sudut mainan politik semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara lain, buku teks yang diperakui sah oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM pada 24 April 2018 itu didakwa mengandungi unsur-unsur mengagungkan komunis dalam perjuangan negara mencapai kemerdekaan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengendali cuai cuba lari selepas peserta maut terjun tanpa tali keselamatan

DUA pengendali aktiviti terjun tali bertindak melarikan diri ke kawasan hutan selepas seorang wanita maut akibat terjatuh dari ketinggian...

More Articles Like This