Dah kena ‘halau’ balik pun masih nak persoal Malaysia

Dari Penulis

ANALISIS

HARI ini, pulanglah beramai-ramai kakitangan Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur ke negara asal mereka.

Dilaporkan mereka akan mengambil penerbangan ke Beijing sebelum destinasi selanjutnya ke Pyongyang.

Bertebaran gambar di media sosial hari ini bas persiaran menunggu kakitangan kedutaan ‘negara pelik’ itu untuk ke KLIA.

Tak apalah, bukan Malaysia yang minta putus tetapi negara itu sendiri memutuskan hubungan diplomatik ini.

Hubungan ini jika diikutkan bukan baru, genap 50 tahun depan tetapi jodoh tak panjang, berakhir pada usia 49 tahun.

Dasar luar Malaysia tetap berkecuali – tak mungkin berubah hanya kerana isu Korea Utara.

Negara komunis ke, sosialis ke, demokrasi ke atau sekerat komunis sekerat dinasti seperti Korea Utara pun Malaysia berkawan.

Cuma Korea Utara kebelakangan ini sukar untuk berkawan, protol diplomatik antarabangsa khususnya kitab utama Konvensyen Vienna tidak pun dipedulikan mereka.

Lihatlah ketika penyiasatan pembunuhan Kim Jong Nam pada 2017, kakitangan Kedutaan Malaysia dan keluarga mereka ‘ditahan’ di Pyongyang.

Tindakan yang mengejutkan dunia itu semata-mata kerana mahukan kehendak mereka dipuaskan tanpa mempedulikan norma perundangan antarabangsa.

Mungkin Malaysia negara ‘kecil’, jadi sesuka hati dibuat mereka dan mengakhiri hubungan diplomatik adalah jalan keluar yang baik.

Bas persiaran meninggalkan pekarangan Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur hari ini./ Gambar media sosial

Baca artikel berkaitan: Putus hubungan, Malaysia arah staf Kedutaan Korea Utara tinggalkan KL

Eloklah putus, rasanya Malaysia macam orang mengantuk disorong bantal

Kali ini, perjalanan mahkamah Malaysia cuba dipertikai mereka.

Sudahlah. Malaysia negara berdaulat apatah lagi hendak biarkan mana-mana kuasa asing campuri urusan kehakiman.

Justeru, geram sungguh rasa bila Kounselor Kedutaan Korea Utara Kim Yu-song hari ini sempat baca kenyataan mempersoal Malaysia sebelum melangkah keluar dari pejabat mereka hari ini.

“Malaysian government will bear the consequences of what had transpired.”

Ek eleh.. Sempat lagi nak mengajar Malaysia. Tak apalah, nasi dah jadi bubur. Carilah kawan baharu kalau ada.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Almera gagal kawal kereta, rempuh Civic di Jalan Tun Razak

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai menekan pedal minyak secara berlebihan menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan...

More Articles Like This