Helikopter terhempas bawa 4 penumpang dari Sungai Lembing, Pahang – CAAM

Dari Penulis

HELIKOPTER yang terhempas di kawasan kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini dilaporkan sedang membuat penerbangan persendirian.

Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan memaklumkan helikopter itu dikendalikan oleh Leopad Aviation Sdn Bhd.

Pesawat itu telah berlepas dari Sungai Lembing, Pahang pada jam 8.30 pagi ke Subang melalui Maran, Temerloh, Karak dan Batu Caves.

CAAM turut mengesahkan kemalangan berlaku pada 9.25 pagi membabitkan Airbus Helicopter AS350 B3.

Ketika kejadian, helikopter tersebut membawa empat penumpang, dengan seorang juruterbang.

BERITA BERKAITAN Helikopter terhempas di Lapangan Terbang Subang, dua cedera

“Dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima bantuan perubatan sementara tiga lagi mangsa berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.26 pagi.

“Sampai di lokasi didapati sebuah helikopter jenis Airbus H125 telah terhempas tetapi tiada kebakaran berlaku.

“Terdapat lima mangsa warga tempatan dan dilaporkan mengalami kecederaan, namun kesemua mereka berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This