Tiada penjarakan fizikal kesalahan tertinggi ingkar SOP

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA penjarakan fizikal mencatatkan jumlah tertinggi individu yang ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi Operasi Pematuhan yang dijalankan semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 39 individu daripada 44 yang ditahan adalah disebabkan kesalahan tiada penjarakan fizikal.

Beliau berkata, 44 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar SOP semuanya telah dikompaun.

Katanya, antara kesalahan lain yang telah direkodkan semalam termasuk tiga gagal menyediakan peralatan merekod diri pelanggan, satu ditahan akibat rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan satu ditahan tidak memakai pelitup muka.

Menurut Ismail Sabri, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 64,528 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Seramai 3,318 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,761 anggota telah membuat pemantauan di 5,635 buah restoran, pasar raya (4,712), bank (3,895), penjaja (2,633), pasar awam/tani (2,408), kilang (2,182) dan pejabat kerajaan (740).

“Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,316), tempat riadah (1,685), terminal pengangkutan darat (1,407), terminal pengangkutan air (481) dan terminal pengangkutan udara (153),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PKPD Penjara Tapah dilanjutkan, lokaliti Pasir Puteh turut dikenakan PKPD

Undi 18: SPR belum sedar kesan PKP masa Menteri jawab?

Sementara itu, Ismail Sabri turut memaklumkan seramai 1,357 warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, dua orang didapati positif Covid-19.

Katanya, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan seramai 659,757 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 34,227 majikan.

Daripada jumlah itu, Ismail Sabri berkata, seramai 10,064 orang telah disahkan positif Covid-19 manakala 649,693 lagi adalah negatif.

“Sehingga kini, sebanyak 1,539 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini.

“Seperti yang telah diumumkan, ujian saringan Covid-19 adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari 2021,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This