Bergaduh berebut mainan semasa kecil sememangnya perkara biasa dalam kalangan kita adik-beradik, nak pula bila masing-masing tidak mahu mengalah sehingga salah seorang menangis.
Begitu juga dengan dua adik beradik ini, Muhammad Luqman, 7 dan Muhammad Fathul Yossef, 6.
Akibat bergaduh sehingga terhantuk kepala di kerusi, cara dua beradik ini “dimarahi” ayah mereka mendapat perhatian netizen.
Paling “win” ayat “Man U terer” yang merujuk kepada pasukan bola sepak Manchester United pada penghujung video digunakan sebagai pengikat kasih kedua-dua adik beradik selepas selesai saling bermaaf-maafan sesama sendiri.
“Lain kali nak buat lagi tak? nak main gaduh-gaduh lagi? Lain kali kalau gaduh letak mana? Cakap ‘Man U terer’,” kata Muhammad Aminnurlah, 35, ayah kepada Luqman dan Fathul dalam video itu ketika “memarahi” mereka.
@aremenyb gaduh lagi … kan dah kene marah … janji kene cakap Man U tere … gaduhh je 24 jam hahaha …. #anak2 #gaduh #kids #myson #manchasterunited
♬ original sound – Aremen Yb
Rata-rata warganet yang melihat video tersebut terhibur dengan ayat “Man U terer” dengan mengaitkan lawan daripada pasukan Liverpool.
“Budak-budak Liverpool confirm report video ni hahaha,” kata pemilik akaun @msssb90.
Malah ada peminat daripada kelab bola sepak lain yang turut bergurau tidak mahu menyumbang “like” disebabkan oleh perkataan Man U tere itu.
“Sorry la bang part Man U terer, hilang satu like hahaha,” kata seorang pengguna iaitu @tkkyu1.
Menurut ayah mereka, Amin, 33, dia sememangnya peminat tegar kelab bola sepak Manchester United dan sengaja menyuruh anak-anaknya berkata sedemikian.
“Setiap kali lepas menegur, memang saya suruh sebut Man U terer. Saja suruh sebut sebab saya peminat tegar Man U sejak zaman Eric Cantona,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Gelagat atuk ‘sporting’ main TikTok cuit hati, ‘kami hanya senaman’
Tambahnya, sebagai seorang ayah, memang itu cara dia mendidik anak-anaknya untuk hormat antara satu sama lain.
“Walaupun sorang je yang buat salah tapi kalau dah main sama-sama, memang dua dua kena marah. Dua dua kena mintak maaf sesama sendiri.
“Saya pun memang dah diajar dari kecik macam tu so saya didik pulak anak-anak saya untuk minta maaf dan mengaku bila buat salah”.
Rata-rata warganet memuji tindakan Amin mendamaikan anak-anaknya kerana memberi layanan yang sama rata serta pengajaran yang berguna kepada kedua-duanya supaya tidak wujud perselisihan faham.
“Bagus bro, nanti takdelah perselisihan faham adik-beradik atau abang ingat adik dilebih lebihkan, terbaik good leader,” kata @angah_kocik.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

