SETELAH menanti selama 10 tahun, akhirnya pasangan selebriti Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar bergelar ibu bapa kepada seorang bayi lelaki.
Anak sulung mereka yang diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki itu dilahirkan semalam (Selasa) menerusi kaedah pembedahan di Hospital Bunda, Menteng, Jakarta Pusat.
“Alhamdullilah, Ukkasya sihat walafiat…lahir dengan seberat 3.4 kilogram (kg) dan berketinggian 51 centimeter (cm) melalui kaedah pembedahan (caesar).
“Terus doakan Ukkasya terus ya pakcik dan makcik,” tulis Zaskia di akaun Instagramnya
Menerusi ruangan komen di Instagram masing-masing, ramai rakan selebriti serta peminat meninggalkan ucapan tahniah dan gembira dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Untuk rekod, Irwansyah,36, dan Zaskia,30, mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.

