Rentas negeri tidak dibenarkan, Ismail Sabri akui keputusan ini tak disukai rakyat

Dari Penulis

HARI ini hari ke 11 umat Islam di Malaysia berpuasa. Ini juga bermakna Aidilfitri bakal disambut kurang daripada tiga minggu.

Namun harapan untuk rentas negeri pulang ke kampung berhari raya tak lama lagi mungkin sudah boleh dilupakan.

Ini susulan keputusan kerajaan untuk terus memperketatkan perjalanan rentas negeri seperti mana diputuskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini turut memutuskan hal yang sama untuk kekal tidak membenarkan perjalanan rentas negeri.

“Rentas negeri kekal tidak dibenarkan. Keputusan kerajaan ini tidak disukai rakyat.

“Namun kita harus mengambil tindakan seperti ini untuk menyekat penularan COVID-19,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, perjalanan rentas negeri ketika dibenarkan Disember lalu jelas memberikan kesan kepad pertambahan kes dan kluster COVID-19.

Katanya, ini seperti mana yang berlaku di beberapa negeri seperti Sarawak dan Kelantan.

Baca artikel berkaitan: KKM cadang rentas negeri sambut Aidilfitri ditangguhkan

Rentas negeri hanya dibenar Isnin hingga Khamis – PDRM

“Kluster rentas negeri bukan hanya menyebabkan kes positif di kawasan hijau bahkan meningkatkatkan risiko jangkitan dalam kalangan rentan.

“Mengambil contoh sejak 7 Disember 2020, Kelantan melaporkan 10 kluster rentas negeri dan kluster ini sebahagaiannya masih ada sehingga kini dan menjangkiti beberapa generasi.

“Waktu buka sempadan negeri pada Disember, Kelantan dari zon hijau dan kekal merah sehingga menyebabkan masalah kekurangan katil merawat kes COVID-19,” jelasnya.

Juseru, kata Ismail Sabri, walau terdapat kelonggaran untuk aktiviti ekonomi, namun ia harus disertakan dengan tanggungjawab untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Tambahnya, apa yang berlaku di seluruh dunia sehingga ada negara berdepan gelombang keempat penularan COVID-19 harus menjadi pengajaran.

Mengambil contoh, apa yang berlaku di India ketika ini, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia memberi kerjasama penuh mengamal kawalan kendiri dan mematuhi SOP.

“Hari ini juga kita mendengar pembentangan SOP sambutan Aidilfitri oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Ada beberapa teguran dan SOP ini akan diperhalusi.

“Insya-Allah kita akan dapat SOP yang terperinci minggu depan,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This