2,847 kes baharu, 6 negeri catat tiga angka

Dari Penulis

SEBANYAK 2,847 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini – hari kesembilan berturut-turut penularan harian melebihi angka 2,000.

Tiga negeri yang mencatatkan penularan tertinggi masih kekal sama dengan hari ini paling banyak adalah Selangor melibatkan 748 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini diikuti Sarawak dengan 717 kes manakala Kelantan ketiga tertinggi sebanyak 476 kes.

Semalam Kelantan mencatatkan kes tertinggi dengan 663 penularan.

Kata Noor Hisham, tiga lagi negeri turut melaporkan tiga angka hari ini iaitu Kuala Lumpur 302 kes, Johor (130 kes) dan Negeri Sembilan (105 kes).

Hari ini hanya Perlis tidak melaporkan kes baharu manakala terendah Labuan (tiga kes), Terengganu (11 kes) dan Putrajaya (14 kes).

“Terdapat lapan kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing dua kes di Kelantan, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Sebanyak tujuh kes melibatkan warganegara dan satu bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

“Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini berjumlah 1,415 kes,” kata Noor Hisham dalam kenyataan media hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kes baru tertinggi sejak hampir dua bulan, Kelantan melonjak

Sementara itu, beliau memaklumkan sebanyak 2,341 kes sembuh dilaporkan hari ini.

Katanya, perkembangan ini menjadikan kes aktif yang sedang dirawat berjumlah 22,512 kes.

“Daripada jumlah itu, 260 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 125 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” jelasnya.

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

Katanya, ia melibatkan lima kluster pendidikan termasuk empat kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dua kluster komuniti dan satu kluster tempat kerja.

Negeri yang melaporkan pertambahan kluster hari ini ialah Sarawak, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pulai Chondong (79 kes), Kluster DTI Lenggeng (56 kes), dan Kluster Kampung Bunut Sungai Burung (40 kes).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This