Bomba ‘tidak kebal’, 2 pegawai dikenakan tindakan tatatertib langgar SOP – KP JBPM

Dari Penulis

WALAUPUN mereka merupakan sebahagian daripada pasukan frontliner yang sentiasa membantu rakyat dalam kesusahan, tetapi keadaan itu tidak menjadikan mereka kebal dari undang-udang berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di seluruh negara.

Beliau berkata, sehingga kini dua pegawai termasuk seorang pegawai kanan yang terbukti melanggar SOP perintah kawalan telah dikenakan tindakan tatatertib.

Katanya, salah seorang daripada mereka ditahan di sekatan jalan raya kerana tidak mempunyai dokumen yang sah di Semenanjung, manakala seorang lagi ketika menguruskan perniagaan keluarga lebih masa di Sabah.

“Anggota bomba juga seperti orang biasa yang perlu mengisi borang dengan lengkap disertakan dokumen. Mereka tidak akan dibenarkan rentas negeri kecuali tugas rasmi, kecemasan, kematian dan kecederaan.

BERITA BERKAITAN Didakwa rentas negeri dengan suami, kesalahan berulang Neelofa tak sesuai dikompaun

“Sekiranya berlaku (pelanggaran SOP) kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin ke atas pegawai berkenaan memandangkan keadaan begini (perintah kawalan) sudah begitu lama dan mustahil pada saya pegawai itu tidak memahami serta mengetahui arahan yang telah ditetapkan,” katanya pada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JBPM Selangor 2020 di sini hari ini.

Bernama.com melaporkan, dalam perkembangan lain, Mohammad Hamdan berkata seramai 8,296 anggota dan pegawainya telah selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 di seluruh negara sehingga hari ini.

“Sehingga kini tiada anggota yang menunjukkan kesan yang kritikal daripada suntikan tersebut,” katanya.

Terdahulu, seramai 131 anggota dan pegawai JPBM Selangor serta sembilan anggota bomba bantuan diraikan dalam majlis berkenaan yang turut dihadiri Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This