Konstabel polis terlibat sindiket samun warga asing antara 4 ditahan

Dari Penulis

WALAUPUN pelbagai amaran diberikan pucuk kepemimpinan tertinggi polis masa kini mengenai tindakan tegas terhadap anggota dan pegawainya yang melakukan jenayah, seakan-akan masih ada yang tidak memperdulikannya.

Terbaharu, seorang konstabel polis merupakan antara empat lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan seorang lelaki warga Nepal di sekitar daerah Iskandar Puteri di Johor Bahrui, pada 12.10 tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata tiga lagi yang ditahan terdiri daripada pekerja buruh binaan, pemandu bas serta pemandu lori tunda, dan kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 35 tahun itu kini direman sehingga 9 Mei.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, pasukan polis daerah Iskandar Puteri membuat tangkapan ke atas empat individu terbabit di kawasan Gelang Patah dan Mutiara Rini, semalam, dan siasatan mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

BERITA BERKAITAN Elak salah guna kuasa, polis dilarang ‘sesuka hati’ periksa, tahan warga asing – IGP

Dalam satu kenyataan malam ini, katanya, polis telah membuat rampasan di beberapa lokasi termasuk Mutiara Rini, Gelang Patah, tapak Indah Water Kota Iskandar serta kawasan flat Taman Ungku Tun Aminah; dan antara yang dirampas ialah lima telefon bimbit pelbagai jenama, satu kad kuasa polis, sepasang gari tangan, sebuah kereta jenis Toyota Vios, dan sebuah kereta Honda City.

“Siasatan lanjut masih dijalankan. Polis Iskandar Puteri percaya dengan tertangkapnya sindiket ini, beberapa kes samun berkumpulan berlaku sepanjang bulan ini berjaya diselesaikan,” katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This