Elak salah guna kuasa, polis dilarang ‘sesuka hati’ periksa, tahan warga asing – IGP

Dari Penulis

SAMA ada mereka mereka pendatang asing yang sah atau tidak, kebimbangan utama warga asing sudah tentu adalah apabila diperiksa oleh penguat kuasa, sama ada polis atau lain-lain agensi penguatkuasaan kerajaan.

Perbuatan anggota penguat kuasa berbuat demikian mungkin bertujuan memastikan mereka mempunyai dokumen perjalanan atau permit bekerja yang sah tetapi terdapat ruang kemungkinan untuk terjadinya salah guna kuasa atau perbuatan rasuah jika aktiviti tersebut dilakukan di luar operasi yang rasmi.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau akan mengeluarkan arahan menegah pegawai atau anggota polis membuat pemeriksaan ke atas warga asing secara rambang.

WARGA asing tidak mempunyai dokumen yang sah ditahan dalam satu operasi rasmi pihak polis dan Imigresen. – GAMBAR HIASAN

Bernama.com melaporkan beliau berkata tindakan itu diambil adalah untuk mengelakkan segelintir pegawai dan anggota polis menyalahgunakan kuasa mereka.

“Saya akan mengeluarkan arahan untuk dihentikan serta-merta perbuatan itu iaitu memeriksa mereka (warga asing) secara rambang tanpa alasan yang munasabah.

“Selain itu, polis juga tidak boleh menahan mereka sesuka hati untuk tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk mengesahkan sama ada mereka mempunyai pasport atau dokumen yang dicap Jabatan Imigresen adalah tulen atau sebaliknya,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Acryl Sani berkata amalan dan budaya sedemikian adalah satu daripada ruang-ruang yang akan membawa kepada salah guna kuasa oleh polis.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This