SJR Bentong kantoikan 6 penumpang bas rentas negeri tanpa dokumen

Dari Penulis

ENTAH berapa kalilah pemeriksaan perlu dilalui penumpang sebuah bas ekspres dari Pulau Pinang, kelmarin sebelum memasuki daerah Bentong untuk menuju Kuantan.

Namun yang pastinya setelah tiba di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Bentong, dua penumpang bas tersebut ‘kantoi’ menggunakan borang kebenaran rentas negeri palsu.

Siasatan lanjut mendapati dua penumpang warga asing berkenaan memperoleh dokumen palsu itu dengan harga RM200.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, berikutan itu, dua lelaki itu ditahan dalam kejadian petang kelmarin.

Katanya, ia bermula dengan pemeriksaan anggota polis ke atas sebuah bas ekspres dari Pulau Pinang yang dalam perjalanan menuju ke Kuantan.

“Dalam pemeriksaan berkenaan, pihaknya mendapati warga asing terbabit berusia 24 dan 27 tahun dalam keadaan meragukan dan apabila diperiksa mendapati menggunakan dokumen kebenaran rentas negeri yang dipalsukan.

Dokumen rentas negeri palsu seperti didedahkan Polis Bentong.

“Hasil siasatan dokumen berkenaan disalin semula daripada yang asal dan digunakan kembali.

“Kedua-dua suspek juga akhirnya mengaku dokumen berkenana diperoleh daripada seorang rakannya dengan bayaran RM200 sekeping,” katanya dalam kenyataan semalam.

Baca artikel berkaitan: 1,333 kena patah balik, ada tunjuk pas kerja tapi hala kampung

Tambah beliau, kedua-dua suspek itu juga tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Pada masa sama, beliau berkata, setakat 9 Mei, Polis Bentong turut mengeluarkan kompaun kepada empat penumpang bas berusia antara 21 hingga 37 tahun kerana tiada surat rentas negeri.

Mereka merupakan penumpang bas yang dalam perjalanan ke pantai timur.

Katanya, pihak polis juga tidak akan teragak-agak mengetatkan pemeriksaan di semua sekatan jalan raya antara negeri di daerah itu yang membabitkan sempadan Selangor dan Negeri Sembilan bagi mengekang pandemik COVID-19.

Zaiham berkata, kes tersebut disiasat di bawah Akta Peraturan 25 (A) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

Kesemua mereka merentas negeri tanpa kebenaran dan boleh dikenakan kompaun sehingga RM5,000 seorang.

Selain itu, dua lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Suspek itu juga boleh didakwa mengikut seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959 dengan dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-dua sekali dan turut boleh dikenakan enam kali sebatan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This