4,865 jangkitan positif COVID-19, Kelantan, Johor & KL naik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BAGAIKAN tiada kesudahan. Hampir setiap hari kes penularan baharu COVID-19 dalam negara menunjukkan peningkatan melebihi 4,000 kes.

Hari ini, jangkitan positif COVID-19 melonjak lagi sebanyak 419 penularan kepada 4,865 kes baharu berbanding 4,446 yang dilaporkan semalam.

Seperti hari-hari sebelumnya, Selangor masih kekal mencatatkan penularan positif COVID-19 tertinggi pada kadar empat angka iaitu sebanyak 1,743 kes.

Ia merupakan jumlah tertinggi direkodkan di Selangor sejak Jumaat lalu berjumlah 1,783 kes sekali gus menjadikan kadar jangkitan keseluruhan di negeri berkenaan ketika ini adalah sebanyak 157,056 kes.

Sarawak juga menunjukkan trend peningkatan apabila merekodkan sebanyak 512 kes, lebih tinggi berbanding 433 yang dicatatkan semalam dan 405 kes kelmarin.

Tiga negeri lain iaitu Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan turut menyaksikan lonjakan kes hari ini melebihi angka 400.

Peningkatan ketara direkodkan di Kuala Lumpur yang merekodkan 477 kes berbanding 297 semalam manakala masing-masing sebanyak 407 dan 406 penularan baharu dilaporkan di Johor dan Kelantan.

Baca artikel berkaitan: Naik semula cecah 4,446 jangkitan baharu, Johor hampir 400

Selepas mencatatkan penurunan sedikit kepada 159 kes semalam, kadar jangkitan positif COVID-19 di Pulau Pinang kembali naik hari ini apabila melaporkan sejumlah 220 kes baharu.

Jangkitan di Negeri Sembilan dilaporkan menyusut sedikit hari ini kepada 149 kes berbanding 243 setakat tengah hari semalam.

Sementara itu, berdasarkan hantaran Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di media sosialnya, beberapa negeri turut merekodkan peningkatan hari ini melibatkan Kedah, Melaka dan Pahang iaitu masing-masing melaporkan sebanyak 244, 127 dan 152 kes.

Kes di Perak dan Terengganu pula menurun sedikit kepada 160 dan 156 hari ini berbanding 203 dan 201 yang dilaporkan semalam.

Sabah masih berada pada kadar dua angka, namun meningkat sedikit kepada 95 kes hari ini manakala sebanyak sembilan kes dilaporkan di Putrajaya, enam di Labuan dan hanya dua di Perlis.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This