ain edruce
Ain Edruce menanti kelahiran bayi sulungnya.

SIAPA sahaja tidak mengenali sikap pelakon, pengacara dan model Ain Edruce yang gila-gila dan sentiasa ceria menjalani kehidupan sebagai anak seni.

Keletah beliau dan suami di media sosial sering dilihat mendapat perhatian warganet kerana sentiasa menghiburkan.

Setelah setahun mendirikan rumah tangga, kini Ain sedang menunggu detik-detik untuk melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya bersama seorang ahli perniagaan Amirul Hafiz.

Terbaharu, Ain sekali lagi mencuit hati kira-kira 2.3 juta pengguna media sosial apabila memuat naik video pendek TikTok sementara menanti detik kelahiran cahaya matanya.

Video berkapsyen “Baby masih x nak kelua gais…PONAT DEN” mendapat pelbagai reaksi peminat selebriti serba boleh itu dan rata-rata terhibur dengan kelakuannya.

Baca artikel berkaitan: Gelang ‘pink’ sudah digunting! Nora Danish enggan ulangi kesilapan lalu

Salah seorang pengguna @Nurmadhiah berkata beliau berasa Ain seorang yang hebat kerana dalam saat menahan kesakitan masih boleh bermain TikTok.

“Hebatnya Ain, nak beranak pun sempat lagi bertiktok. Kalau aku entahlah. Jadi hulk agaknya”, katanya.

Sementara itu seorang lagi pengguna @Syuhada juga meninggalkan komen yang mendoakan kesejahteraan Ain dan mengatakan bahawa ibu-ibu sememangnya kuat.

“Jangan main-main dengan kekuatan seorang ibu. Apa sahaja mereka boleh lakukan. Ada yang boleh tiktok ada yang bermakeup. Saya doakan Ain semoga dipermudahkan urusan bersalin”, menurutnya.

Turut meninggalkan komen @Muhd azmi Bin basir dengan berkata “First time tengok org nak beranak masih buat tiktok, semoga dipermudahkan kak ain”.

Ain dan suami  disatukan pada 13 Disember 2019 sebelum mengumumkan mengenai kehamilanya pada 29 November tahun lalu.

Video yang dimuat baik kira-kira 22 jam lalu itu turut mendapat tanda hati lebih 296,000 dengan lebih 5,000 komen.

Apapun, semoga semuanya selamat dan dipermudahkan buat Ain dan keluarga serta mendapat bayi yang comel.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram