Dr Noor Hisham Abdullah.

SEBANYAK 46 lagi kematian direkodkan sekali gus menjadikan kumulatif korban COVID-19 kini berjumlah 2,040 kes.

Hari ini menyaksikan korban termuda berusia 17 tahun dengan latar belakang penyakit leukimia manakala yang tertua berusia 91 tahun.

Selain pesakit lelaki berusia 17 tahun yang dirawat di Hospital Ampang, terdapat dua lagi kematian melibatkan individu berusia bawah 30 tahun.

Kes tersebut melibatkan seorang wnaita berusia 27 tahun yang jenazahnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh manakala satu lagi seorang lelaki berusia 25 tahun di Hospital Pakar Sultanah Fiatimah, Muar.

Pesakit wanita itu mempunyai latar belakang obesiti manakala yang di Muar mempunyai penyakit Parkinson.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 19 kes di Selangor.

Katanya, ini diikuti tujuh kes di Sarawak, enam kes di Johor dan empat kes di Kelantan.

Turut dilaporkan masing-masing dua kes kematian di Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Kedah serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Melaka.

“Diharapkan semua pihak mengambil maklum dengan keinsafan situasi yang melanda negara ini dan dapat bekerjasama dengan erat bagi sama-sama kita mengharungi detik sukar memerangi COVID-19 ini sebagai satu negara yang bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Duduk rumah. Kes baharu COVID-19 cecah 6,075 hari ini!!

Usah pelik kes naik – judi, tak pakai pelitup muka, hiburan segala jenis ingkar SOP direkod semalam!

Sebanyak 46 lagi kematian dengan tertinggi di Selangor libatkan 19 korban.

Sementara itu, kata Noor Hisham, sebanyak 559 individu positif COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya, 303 kes pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kes aktif ketika ini berjumlah 47,340 kes,” katanya.

Kes sembuh yang dilapor hari ini pula berjumlah 3,516 kes.

Berhubung jumlah kluster baharu pula, Noor Hisham memaklumkan terdapat 22 kluster yang dilaporkan hari ini.

Katanya, kluster tertinggi ialah tempat kerja (lapan) diikuti komuniti (tujuh), keagamaan (enam) dan pendidikan, satu.

Negeri yang melaporkan kluster baharu pula Selangor, Perak, Sarawak, Sabah, Labuan, Melaka, Kuala Lumpur, Kelantan dan Johor.

Malah, Perlis yang lama tidak melaporkan kluster baharu turut mencatatkan satu kluster hari ini iaitu Kluster Jalan Kampung Bakau, di Kangar.

Kluster tersebut ialah kluster tempat kerja.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram