Muhyiddin arah siasatan penuh punca kemalangan tren LRT, segera ambil tindakan tegas

Dari Penulis

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad untuk melakukan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang berlaku malam ini berhampiran stesen Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata, beliau memandang serius mengenai kejadian tersebut dan mengarahkan pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan tegas untuk mengatasinya.

“Saya telah dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan bahawa telah berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah tren LRT berhampiran stesen Kampung Baru malam ini.

Saya difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan sedang berada di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Beliau mendoakan semoga kerja-kerja menyelamat dipermudahkan dan penumpang terlibat selamat, manakala mereka yang cedera diberikan rawatan segera.

“Saya memandang serius kemalangan ini dan telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad untuk melakukan siasatan penuh untuk mengenalpasti punca kemalangan ini, dan tindakan yang tegas harus diambil dengan segera,” katanya.

Katanya, keutamaan sekarang harus diberikan kepada mangsa-mangsa kemalangan dan telah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan yang menyeluruh memandangkan kita juga berada dalam gelombang pandemik COVID-19 yang sedang meningkat naik.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komosioner Mohamad Zainal Abdullah, dua LRT bertembung di dalam terowong antara stesen Kampung Baru dan KLCC malam ini yang menyebabkan sekurang-kurangnya 47 penumpang parah, manakala 166 lagi cedera ringan.

Beliau berkata, penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain di Lembah Klang untuk rawatan lanjut.

Beliau mengesahkan terdapat 213 penumpang dalam tren yang berlanggar dengan sebuah tren lain di laluan berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This