Gara-gara sewa apartmen nak beraya, 30 individu dikompaun

Dari Penulis

UMAT Islam seluruh negara meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dalam suasana sederhana bagi dua tahun berturut-turut ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, prosedur operasi standard (SOP) telah menetapkan bahawa tiada aktiviti ziarah, rentas negeri dan berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Aidilfitri bagi melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19.

Namun begitu, masih ada segelintir pihak melanggar arahan yang ditetapkan semata-mata mahu menyambut Syawal.

Itu yang berlaku di Johor Bahru apabila 30 individu dikesan mengingkari SOP PKP 3.0 berkumpul di tiga unit apartmen dengan alasan mahu menyambut Aidilfitri.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi, seramai 30 individu termasuk remaja berumur 16 tahun ditahan dalam tiga serbuan di apartmen berasingan.

Baca artikel berkaitan: Sokong Israel di TikTok, penjawat awam ditahan

292 dikesan langgar SOP PKP pada 1 Syawal

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, semua yang ditahan melibatkan 19 lelaki dan 11 wanita berusia antara 16 hingga 29 tahun.

Katanya, kesemua mereka telah dikompaun dengan nilai keseluruhan berjumlah RM45,000 yang ditahan sekitar Bandar Raya Johor Bahru kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Menurut Mohd. Padzli, kesemua mereka dipercayai menyewa dua unit apartmen di Jalan Tanjung Puteri dan sebuah lagi di Taman Jaya Putra selama beberapa hari untuk menyambut Aidilfitri.

“Ketika serbuan, mereka didapati berkumpul di ruang tamu rumah tanpa penjarakan fizikal dan tidak memaki pelitup muka.

“Semua yang ditahan dikompaun kerana melanggar syarat PKP mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan tiada penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Padzli menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP PKP bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Pada masa sama, kata beliau, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan peruntuk RM9.46 juta laksana 52 Projek Cakna MADANI perkukuh mitigasi banjir di Sarawak

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM9.46 juta bagi melaksanakan 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak tahun ini sebagai langkah memperkukuh...

More Articles Like This