Tular 37 jemaah isyak di mukim Chetok, Pasir Mas dikompaun kerana ingkar SOP PKP./ Gambar media sosial

PERTAMA, solat berjemaah walau tidak dibenar di Kelantan.

Keduanya tidak memaki pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

Ketiga, ada pula kanak-kanak selain bilangan jemaah pun ramai.

Semua ini pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikesan di surau dan masjid di Chetok, Pasir Mas kelmarin.

Sedangkan Kelantan ada berapa kes baharu semalam? 695 kes.

Jumlah ini jika berdasar jumlah penduduk, jauh melebihi dari Selangor.

Hendak turunkan kes yang banyak ini hanya ada satu cara iaitu patuhi SOP demi menjaga nyawa yang merupakan maqasid syariah.

Apa pun, yang ditahan di Pasir Mas itu, 37 jemaah kesemuanya melibatkan 28 orang di sebuah masjid dan baki di sebuah surau mukim berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Katanya, semua individu berusia 20 hingga 70 tahun itu didapati ingkar dengan SOP PKP.

Infografik jumlah kematian akibat COVID-19 di Kelantan seperti dikongsi di Faceboook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Jelas beliau, sebanyak 28 saman dikeluarkan di masjid pertama, manakala sembilan lagi diberikan kepada jemaah di surau berlainan pada hari yang sama.

“Mereka dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, selain menunaikan solat Isyak berjemaah, walaupun sudah sedia maklum ia tidak dibenarkan sepanjang PKP ini,” katanya seperti dilaporkan beberapa media.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebelum ini menegaskan mereka yang solat jemaah di surau sehingga mencetuskan kluster penularan COVID-19 dikira berdosa.

Kata Mohamad Shukri, melanggar SOP sekali gus melanggar arahan kerajaan tetap berdosa walaupun solat yang dilakukan jemaah berkenaan sah.

Baca artikel berkaitan: Pendaftaran vaksin di Sabah, Kelantan dan Pahang paling rendah

Lindungi penjagaan kesihatan daripada lumpuh, rayu Noor Hisham kepada rakyat

Kluster baru dikesan, masjid di Perlis tidak dibuka pada awam

Terdahulu, tular di media sosial video tempoh 22 saat memaparkan sekumpulan individu yang ditahan berselawat di atas trak.

Mereka dalam trak untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Mohd Nasaruddin berkata, terdapat juga jemaah yang terdiri daripada kanak-kanak berusia antara lima hinggan 10 tahun, tetapi atas budi bicara, polis hanya memberi nasihat memandangkan mereka individu bawah umur.

“Polis akan terus membuat rondaan dan pemantauan untuk mengenal pasti mana-mana kumpulan atau individu yang melanggar SOP, selain mengalu-alukan kerjasama masyarakat setempat untuk melaporkan kepada polis,” tegasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram