AS kutuk pesawat China ceroboh ruang udara Malaysia

Dari Penulis

KOMANDER Angkatan Udara Pasifik Amerika Syarikat (AS) mengecam insiden 16 pesawat tentera China yang terbang menghampiri ruang udara Malaysia dan Taiwan, sehingga memaksa Malaysia mengerah pesawat pejuangnya membuat pintasan.

Jeneral Kenneth Wilsbach berkata, aktiviti sedemikian serta peningkatan jumlah pencerobohan zon pertahanan udara Taiwan, menambah senarai aktiviti China yang menggugat kestabilan dan meningkatkan ketegangan di rantau berkenaan.

“Kita hanya membuat perkiraan yang salah di rantau berkenaan dengan aktiviti seumpamanya, khususnya masuk ke ruang udara pihak lain,” katanya seperti dilaporkan AFP di Sydney hari ini.

BERITA BERKAITAN Pesawat hanya buat latihan rutin – Kedutaan Besar China

16 pesawat tentera China terbang secara mencurigakan di Zon Maritim Malaysia

Beijing mendakwa Taiwan sebagai sebahagian wilayah China dan menegaskan pesawatnya yang terbang berhampiran Borneo di Laut China Selatan, sedang menjalani latihan rutin dan tidak memasuki ruang udara Malaysia.

Beijing tidak mengendahkan keputusan tribunal antarabangsa pada 2016 yang mengisytiharkan tuntutannya terhadap hampir semua Laut China Selatan adalah tanpa asas.

Ketika ini, wujud kebimbangan dalam kalangan negara Barat bahawa pasukan tentera China yang semakin berkuasa, akan cuba merampas Taiwan menggunakan kekerasan.

Sejak beberapa bulan lalu, kekerapan penerbangan pesawat China di rantau itu meningkat secara dramatik, yang mengancam keupayaan pertahanan udara Taiwan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This