Laporan kemalangan LRT tingkat mutu perkhidmatan – Wee Ka Siong

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LAPORAN mengenai insiden pelanggaran transit aliran ringan (LRT) yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet, esok mengandungi cadangan bagi meningkatkan infrastruktur perkhidmatan kereta api di Malaysia.

Pada masa sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, laporan itu juga dapat meningkatkan mutu perkhidmatan Rapid Rail sebagai operator kereta api awam terutamanya LRT.

Menurut beliau, jawatankuasa siasatan yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak telah memberi penerangan berkaitan laporan berkenaan dalam satu sesi pembentangan secara maya.

“Saya berharap dapat membentangkan dapatan laporan ini kepada Kabinet esok dengan beberapa cadangan untuk meningkatkan keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) untuk tren Rapid Rail.

Baca artikel berkaitan: Laporan kemalangan LRT dibawa ke Kabinet, Rabu depan

“Pada ketika ini, saya masih meneliti dokumen-dokumen dan hasil penemuan yang diberikan jawatankuasa siasatan.

“Bukan setakat meningkatkan mutu perkhidmatan Rapid Rail, penemuan dan cadangan ini juga akan dapat meningkatkan infrastruktur perkhidmatan kereta api Malaysia untuk jangka panjang di masa hadapan,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Sementara itu, Ka Siong turut menyatakan rasa puas hati dengan laporan jawatankuasa siasatan yang terdiri seramai sembilan anggota diketuai Isham.

Kata beliau, laporan itu dibuat secara profesional, komprehensif dan dapat diselesaikan dalam tempoh 14 hari yang telah diberikan.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan jawatankuasa siasatan atas usaha keras dalam beberapa hari ini.

“Bertungkus-lumus siang malam termasuk turun padang ke Pusat Kawalan Operasi (OCC) LRT Kelana Jaya, membuat sesi simulasi di tempat kejadian, temusiasat serta meneliti dokumen-dokumen panduan operasi berkaitan,” jelas beliau.

Minggu lalu, Ka Siong memaklumkan laporan siasatan kemalangan membabitkan dua tren LRT di ibu negara pada 24 Mei lalu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, esok.

Beliau berkata, laporan itu juga akan mengemukakan cadangan-cadangan untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan awam seterusnya mencegah kejadian serupa daripada berulang.

Seramai 64 penumpang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan enam daripadanya kritikal apabila dua tren LRT bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC kira-kira pukul 8.33 malam, 24 Mei lalu.

Prasarana turut mengumumkan kesemua mangsa diberikan RM1,000 setiap seorang serta bantuan kewangan untuk rawatan susulan bersesuaian dengan kecederaan yang ditanggung.

Selain itu, bantuan sara hidup juga disediakan kepada mangsa yang kehilangan pendapatan akibat daripada kemalangan itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiada kos tambahan LRT3 walaupun lewat siap, kontraktor dikenakan denda RM2.729 juta sehari – Loke

KERAJAAN menegaskan projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) tidak membabitkan sebarang pertambahan kos meskipun berlaku kelewatan menyiapkan...

More Articles Like This