PKPD lokaliti di Johor dilanjutkan, satu di Kelantan tamat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENULARAN dalam komuniti yang masih berlaku telah membuatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam satu lokaliti di Johor dilanjutkan lagi selama dua minggu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Felda Renong 1, mukim Labis, Segamat itu sepatutnya tamat mengikut jadual esok.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 2,661 ujian saringan sepanjang tempoh PKPD dan mendapati 209 dijangkiti COVID-19.

Walau bagaimanapun, kata beliau, KKM mengesan masih berlaku penularan dalam kalangan penduduk di lokaliti berkenaan.

“Kes baharu juga masih direkodkan selain terdapat juga 18 lagi sampel ujian saringan masih menunggu keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Felda Renong 1, Segamat, Johor bermula 10 Jun sehingga 23 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Politeknik Sultan Azlan Shah kena PKPD, 3 mukim di Pahang tamat

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan PKPD di Kepulauan Tumpat, mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan yang sepatutnya tamat pada 18 Jun bakal berakhir lebih awal daripada yang dijadualkan.

Katanya, sehingga kini, KKM telah melakukan 1,462 saringan dan 278 daripadanya dilaporkan positif COVID-19.

Namun begitu, Ismail Sabri memaklumkan, kes telah mula menurun dan kluster pula terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

“Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kepulauan Tumpat pada 9 Jun 2021 pukul 11.59 malam, lebih awal daripada yang dijadualkan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan satu lokaliti di ibu negara terpaksa diletakkan di bawah PKPD berkuat kuasa Khamis ini sehingga 23 Jun 2021.

Menurut Ismail Sabri, kawasan tersebut adalah Kampung Sungai Penchala yang telah memperlihatkan sebanyak 65 kes positif COVID-19 sehingga hari ini.

Kata beliau, KKM turut mendapati berlaku peningkatan ketara dalam tempoh dua minggu di lokaliti berkenaan.

“Pelaksanaan PKPD bertujuan memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan.

“Pada masa sama, ia juga memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Negeri Sembilan: Semua pihak perlu ikut jalur hukum yang sah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan...

More Articles Like This