Menteri Kanan Kerja Raya positif COVID-19, kuarantin di rumah

Dari Penulis

MENTERI Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam keadaan stabil selepas disahkan positif COVID-19.

Malah, pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) itu tidak mengalami sebarang gejala.

Sehubungan itu, Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Fadillah kini menjalankan kuarantin di rumah seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ahli Parlimen Petra Jaya itu menerima keputusan ujian saringan COVID-19 malam tadi.

Menurut kenyataan itu, Fadillah menjalani ujian saringan COVID-19 pada 10.15 pagi semalam sebagai rutin yang dibuat Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa.

“Fadillah sebelum ini sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun lalu.

“Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

“Fadillah juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terbabit,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: Halimah Sadique jadi Menteri Kabinet keempat positif COVID-19

Sepanjang tempoh kuarantin, beliau akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar.

April lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas positif COVID-19.

Ketika itu, Saifuddin belum menerima suntikan vaksin kerana beliau merancang untuk menerimanya bersama wakil media.


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This