Enggan komen pengadil, tapi Cheng Hoe kata detik itu ‘menyedihkan’

Dari Penulis

SAAT paling ‘menyedihkan’ apabila pengadil memberikan penalti kepada Vietnam, kata Tan Cheng Hoe selepas skuad kendaliannya tewas 2-1 kepada Naga Emas.

Ketua Jurulatih Malaysia itu bagaimanapun memilih untuk mengelak memberi komen sama ada pengadil silap memberi hadiah kepada Vietnam.

Kata Cheng Hoe, semua berlaku sangat pantas, justeru tidak mahu mengulas mengenainya.

Tan Cheng Hoe pada sidang akhbar selepas perlawanan malam tadi./ Gambar emdia sosial VnE.

“Yang pasti, penalti itu adalah detik menyedihkan buat pasukan,” katanya sambil menambah pemain Harimau Malaya sudah beraksi dengan baik cuma nasib tidak menyebelahi.

Jurulatih asal Kedah itu berkata demikian pada sidang akhbar pasca perlawanan seperti dilaporkan media online VnE Express International.

Di pihak Vietnam, jurulatih, Park Hang-Seo mengakui perlawanan malam tadi amat memenatkan kerana tentangan diberikan Malaysia dari awal sehinggalah wisel penamat.

Justeru, beliau memberi pujian kepada pemainnya kerana pada akhirnya berjaya memperoleh tiga mata biar pun mengharungi aksi yang penuh sukar itu.

Malaysia bagaikan diragut satu mata apabila pengadil Jepun memberikan penalti kepada Vietnam ketika ramai melihat ia satu simulasi dari Nguyen Van Toan.

Justeru media sosial Malaysia hangat membicarakan pengadil Jepun itu sama ada dia tertipu atau kurang bijak?

Ramai merasakan penalti yang membawa gol kemenangan Vietnam itu tidak sepatutnya diberikan oleh pengadil Jepun semalam.

Simulasi atau lakonan antara yang diluahkan peminat bola sepak Malaysia setelah hampa dengan keputusan 2-1 yang memihak Vietnam.

Biar apa pun, keputusan malam tadi muktamad dan kesilapan pengadil adalah sebahagian daripada warna-warni bola sepak sejak sekian lama.

Pengadil Jepun malam tadi pernah bertugas pada Piala Dunia FIFA 2018, namun ada hari pengadil sepertinya sama sahaja macam pengadil kejohanan 9 sebelah peringkat mukim atau daerah.

Sebab itu, video pembantu pengadil (VAR) diperkenalkan di Piala Dunia lalu untuk menutup sebanyak mungkin ruang kesilapan.

Selain Ryuji Sato yang tewas pada lakonan Van Toan, Guilherme de Paula terus menjadi bahan perbualan di media sosial.

Ada yang kata ‘cukup-cukuplah’, guna sahaja kudrat pemain muda yang dalam skuad Tan Cheng Hoe untuk aksi terakhir menentang Thailand.

Baca artikel berkaitan: Liga M pun asyik isu gaji, dapatlah naturalisasi macam yang ada

Perlawanan itu penting kerana itulah peluang terakhir untuk hidupkan peluang layak ke Piala Asia.

Namun, melihat aksi de Paula yang mungkin lebih sesuai dengan bola sepak era 80-an, bolehlah Cheng Hoe cari alternatif.

Lihat Vietnam yang konsisten dengan cara mereka, menggunakan sepenuhnya kepantasan dan taktikal bola sepak moden yang mementingkan pergerakan tanpa boleh ‘berlari setempat’.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MIPP tetapkan hala tuju lepas mesyuarat MT PN

PARTI Rakyat India Malaysia (MIPP) akan membuat sebarang keputusan berkaitan hala tuju politik parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi...

More Articles Like This