Komunikasi lucah: Reman ‘safieyillias94’, ‘pipinatasha’ disambung tiga hari lagi

Dari Penulis

POLIS berjaya mendapat kebenaran mahkamah untuk menyambung reman selama tiga hari lagi terhadap pemilik akaun Instagram (IG) ‘safieyillias94’ yang juga pengasas produk kosmetik dan rakannya pemilik akaun ‘pipinatasha’ yang ditahan baru-baru ini.

Kedua-dua pemilik IG itu ditahan polis Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan komunikasi lucah dan amang seksual terhadap dua kanak-kanak bawah umur melalui siaran langsung di IG mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, perintah sambung reman itu bermula hari ini hingga Selasa, selepas tempoh reman sebelum ini tamat.

“Sambung reman (dua pemilik akaun Instagram) bermula hari ini sehingga Selasa,” katanya dalam kenyataan ringkas seperti yang yang dilaporkan portal Sinar Harian.

BERITA BERKAITAN Lucah pada kanak-kanak, polis tahan ‘safieyillias94’

Pada Rabu lepas pemilik akaun IG yang dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ mengadakan sesi perbualan yang berunsur lucah dalam sidang video secara langsung yang disertai dua kanak-kanak bawah umur.

Pengguna Instagram itu juga didakwa berpakaian seksi selain bersama pemilik akaun ‘safieyillias94’ menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.

Pada Khamis, media melaporkan seorang pensyarah membuat laporan polis terhadap seorang usahawan kosmetik selepas sesi Instagramnya dikatakan berbaur lucah pada Rabu.

Usahawan itu yang mempunyai sejuta pengikut di laman sosial Instagram bersiaran secara langsung bersama rakannya jam 2 pagi menerusi platform Instagram Live serta diikuti dua kanak-kanak.

Dua pemilik akaun Instagram berusia 20-an itu telah ditahan dan direman tiga hari bermula Jumaat lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This