darurat

PENGERUSI Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, Tun Arifin Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Pertemuan bersama bekas Ketua Hakim Negara itu menyusul selepas siri pertemuan Yang di-Pertuan Agong bersama ketua-ketua parti politik sejak minggu lalu.

Menurut laporan media, kenderaan Proton Perdana bewarna hitam dipercayai membawa Tun Ariffin kelihatan memasuki perkarangan Istana Negara pada 9.45 pagi bagi menghadap Seri Paduka Baginda.

Selepas lebih sejam, beliau kemudiannya dilihat meninggalkan Istana Negara pada pukul 12.10 tengah hari.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat diwujudkan dengan peranan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

Selain Arifin, 18 lagi individu turut menganggotai Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

BERITA BERKAITAN Agong perlu bertegas agar ‘political will’ tumpu perangi Covid-19

Antaranya bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Ketua Pengarah Kesihatan Prof Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif dan pakar bedah jantung Tan Dri Dr Yahya Awang.

Pada Januari lepas, Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Tempoh pelaksanaan darurat yang akan tamat tidak lama lagi itu menjadi tumpuan perbincangan Seri Paduka dengan beberapa pemimpin politik yang mengadakan sesi menghadap bersama baginda baru-baru ini.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram