Agong terima menghadap 18 pemimpin parti politik

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap 18 pemimpin parti politik secara bersemuka dan maya di Istana Negara, bermula pada 9 Jun hingga petang ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, selain pemimpin politik, Seri paduka turut berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria hari ini.

Kata Ahmad Fadil, dalam sesi-sesi menghadap para pemimpin parti politik, Seri Paduka telah berkenan mendengar pandang-pandangan dari mereka tentang pelbagai isu.

“Perlu dijelaskan di sini bahawa sesi-sesi menghadap para pemimpin parti politik adalah atas inisiatif serta keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda dan berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 serta pelaksanannya semasa tempoh darurat.

“Susulan sesi-sesi menghadap ini, pandangan yang telah dikemukakan oleh para pemimpin parti politik akan diwasilkan di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok yang akan bermula pada jam 2.30 petang,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu minggu depan

Tun Ariffin menghadap Agong, pertemuan dipercayai berkaitan penamatan/penerusan darurat

Ujar Ahmad Fadil, selain itu, beberapa pakar dari agensi-agensi kerajaan turut dijadualkan memberi sembah taklimat.

“Taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This