Mahkamah Majistret Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda sebanyak RM3,500 ke atas dua lelaki yang mengaku salah menampal poster dan mengedar risalah syarikat pinjaman wang tanpa lesen, minggu lalu.

UMUM mengetahui surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) penting untuk membolehkan sesebuah syarikat beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini.

Surat itu juga perlu dikemukakan kepada pegawai penguatkuasa sewaktu melalui sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan pihak polis.

Namun begitu, ada juga sebilangan kecil yang menyalahgunakan surat tersebut atas agenda masing-masing.

Itu dilakukan seorang wanita yang menggunakan surat MITI atas nama syarikat lain untuk pengoperasian premis ukiran kayu miliknya sewaktu tempoh PKP 3.0 ini.

Atas dasar itu, wanita tersebut telah didenda sebanyak RM5,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Kajang, hari ini.

Menurut laporan Bernama.com, Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Intan Zarina Md. Sappery, 49, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan ketika pemeriksaan dibuat oleh pegawai penguat kuasa di premisnya di Taman Industri Selesa Jaya, Balakong pada pukul 10.40 pagi, 9 Jun lalu.

Baca artikel berkaitan: Tiada lagi surat MITI, kebenaran dikeluarkan kementerian berkaitan

Lagi kilang degil, tak ikut SOP jumlah pekerja

Intan Zarina selaku orang kena saman (OKS) didakwa mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Intan Zarina telah membayar denda berkenaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Muhammad Noor Firdaus memberitahu mahkamah memandang serius kesalahan itu kerana dia telah melanggar arahan PKP.

“Laporan menunjukkan kluster di tempat kerja adalah antara penyumbang utama peningkatan kes positif COVID-19.

“Hukuman yang akan saya jatuhkan ini harus mencerminkan pandangan mahkamah yang mana mengetuai sentimen awam,” katanya.

Ketika proses rayuan, Intan Zarina yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda minimum disebabkan itu merupakan kesalahan pertamanya di samping perniagaan yang terjejas ekoran penularan COVID-19.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhana Samat bagaimanapun memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran supaya OKS tidak mengulangi kesilapan sama.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram