Parlimen sedia dibuka, Azhar nafi ulas kenyataan Istana Negara

Dari Penulis

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, tanggungjawab perlembagaan dan komitmennya kepada demokrasi berparlimen adalah sangat teguh.

Malah kata Azhar, beliau telah berulang kali menekankan yang Parlimen sedia untuk dibuka semula dalam setiap aspek sejajar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan mesyuarat.

“Saya juga mahu menyatakan yang saya tidak pernah membuat sebarang ulasan berhubung kenyataan Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam.

“Sebarang laporan yang merujuk kononnya saya mengulas dua kenyataan berkenaan adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menerusi kenyataan itu juga, Azhar turut menjelaskan maksud sebenar beliau susulan laporan berita sebuah media berbahasa Melayu yang kemudian disiarkan beberapa portal lain.

Azhar berkata, beliau telah dilaporkan berkata yang perancangan kerajaan untuk membuka semula Parlimen pada September dan Oktober adalah ‘rasional’ serta ‘munasabah dan tidak terlalu lambat untuk membincangkan pelbagai krisis dihadapi Malaysia’.

Sedangkan katanya, beliau tidak pernah menyebut rancangan kerajaan untuk membuka Parlimen pada September atau Oktober ini sebagai rasional seperti dilaporkan.

“Saya mahu tegaskan apa yang saya katakan sebenarnya. Saya menyatakan Perdana Menteri sudah memberi komitmen untuk meneruskan persidangan Parlimen pada September atau Oktober dan beliau telah menyatakan rasional mengenainya dalam ucapan perutusan (Selasa lalu).

“Saya tidak pernah membuat kesimpulan yang keputusan Perdana Menteri itu sebagai rasional atau munasabah dan tidak terlalu lambat.

“Kenyataan saya yang dilaporkan itu tidak benar,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: PM beri komitmen sidang Parlimen September atau Oktober

Sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin – Agong

Pada Selasa lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi komitmen  bahawa sidang Parlimen boleh diadakan pada September atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat apabila negara memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.

Perdana Menteri berkata, ini adalah pendirian beliau dari awal bahawa sistem demokrasi berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu setelah kes-kes COVID-19 terkawal dan negara hampir mencapai imuniti berkelompok.

 Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This