‘Ada kirim barang’, guru rugi RM48,000 ditipu kenalan FB

Dari Penulis

CERITANYA begini, seorang wanita berkenalan dengan lelaki menerusi Facebook awal bulan ini.

Hubungan online rentas negara itu kemudian berterusan di aplikasi WhatsApp sehinggalah ‘pelanduk pun masuk jerat’.

Umpannya ‘ada kirim barang’ dan wanita itu pun dihubungi seorang individu yang mengaku dari pihak syarikat kurier.

Skripnya klise, wanita tersebut perlu membuat bayaran cukai dan denda bagi membolehkan barangan itu dihantar kepadanya.

Kesudahannya selepas enam kali memindahkan wang, mangsa akhirnya sedar yang dia sebenarnya diperdaya sindiket penipuan tersebut atau Love Scam.

Cuma, kerugiannya bukan sedikit tetapi RM48,000 yang menyamai nilai sebuah kereta nasional.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Superintendan Elias Omar berkata, mangsa merupakan seorang guru berusia 44 tahun.

Katanya, mangsa yang sudah berkahwin itu berkenalan dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai sebagai ‘Monsur Najibullah’, dan kononnya berasal dari Singapura.

“Mangsa yang berasal dari Perak berkenalan dengan suspek menerusi Facebook pada awal Jun, dan kemudian mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

“Selepas itu suspek memberitahu bahawa dia telah mengirim barangan kepada mangsa sebagai tanda perkenalan.

“Kemudian mangsa telah dihubungi oleh seorang individu yang mengaku dari pihak syarikat kurier yang memberitahu mangsa bahawa terdapat barangan yang dikirim, dan meminta mangsa membuat bayaran cukai dan denda bagi membolehkan barangan itu dihantar kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Percaya cinta maya, penoreh getah rugi RM99,000 Love Scam

Macau Scam: 12,000 aduan dan RM579 juta ‘lebur’ sejak 2019

Atas dasar percaya, kata Elias, mangsa telah membuat enam pindahan wang secara dalam talian ke dua akaun bank yang diberikan suspek, membabitkan jumlah transaksi sebanyak RM48,000.

Katanya, mangsa menyedari ditipu selepas diminta untuk membuat pembayaran lagi sebelum dia bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Bedong pada 23 Jun lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This