SEBANYAK 47 daripada 91 kes kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan hari ini dilaporkan di Sekangor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 16 lagi kematian berlaku di Negeri Sembilan, 10 kes di Kuala Lumpur serta masing-masing empat kes di Johor dan Melaka.
“Turut dilaporkan tiga kes kematian di Sarawak, dua kes di Perak, serta masing-masing satu kes di Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Kedah.
“Keseluruhannya sebanyak 5,768 kematian akibat COVID-19 sudah dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Berdasarkan kenyataan itu, seorang lelaki berusia 30 tahun antara korban termuda akibat wabak itu yang dilaporkan KKM hari ini.
Jenazah individu berkenaan yang mempunyai latar belakang obesiti dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Sementara itu, Noor Hisham berkata, seramai 948 individu positif COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 441 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Katanya, terdapat 74,344 kes aktif dilaporkan ketika ini manakala kes sembuh hari ini berjumlah sebanyak 4,863.
Baca artikel berkaitan: 7,097 kes baharu, Selangor, KL kekal empat angka
Rekod tertinggi PICK, 340,043 terima vaksin semalam

Mengenai kluster baharu, Noor Hisham berkata, sebanyak sembilan kluster dilapor hari melibatkan komuniti.
Katanya, enam lagi kluster tempat kerja, dua kumpulan berisiko tinggi dan satu pendidikan.
“Ketika ini terdapat 850 kluster aktif masih dilaporkan,” katanya.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

