Kurangkan kes dengan meningkatkan vaksinasi – KP Kesihatan

Dari Penulis

MAJORITI kes individu yang sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 adalah pada kategori satu dan dua – tidak memerlukan mereka dirawat di wad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, justeru, vaksinasi adalah penyelesaian kepada masalah penjagaan kesihatan yang dihadapi ketika ini.

“Meningkatkan kadar vaksinasi akan menurunkan jumlah kemasukan ke wad. Kadar vaksinasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya berjalan baik.

“Ini juga seperti dilapor di United Kingdom (UK). Data Januari dengan terkini menunjukkan penurunan kadar kematian ketara selepas vaksinasi meningkat.

“Inilah yang kita sedang dilakukan. Vaksinasi mengurangkan kemasukan ke wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan akhirnya kita hidup bersama virus COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di Putrajaya hari ini.

Tambah Noor Hisham, berdasarkan penelitian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap 2,779 petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 dan selesai menerima dua dos, didapati gejala yang diterima mereka rendah.

“Majoriti mereka pada tahap satu dan dua manakala tahap tiga dan empat, masing-masing tiga orang saja.

“Selepas selesai vaksinasi, gejala diterima mereka adalah ringan atau tidak ada gejala langsung. Jadi mereka ini boleh dikuarantin di rumah dan jumlah kemasukan ke hospital akan berkurang,” jelasnya.

Seramai 15,7 peratus populasi dewasa di Malaysia sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

Kata Noor Hisham, selain vaksinasi, strategi kesihatan awam seperti kawalan kendiri dengan kekal di rumah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bila perlu ke luar masih penting untuk kawal penularan.

Katanya, kerjasama orang ramai untuk terus mematuhi segala SOP ditetapkan sangat penting sebelum nimuniti kelompok dicapai.

“Rantaian penularan wabak boleh dikekang dengan pematuhan SOP berterusan. Dua minggu kekal di rumah memutuskan penularan,” jelasnya.

Menurut Noor Hisham, vaksinasi seramai mungkin memang diberi penekanan kerajaan tetapi pada masa sama pihaknyaa perlu memastikan hasil yang optimum daripada vaksin berkenaan.

Katanya, walaupun UK misalnya menangguhkan pemberian suntikan kedua vaksin pada peringkat awal sepaya lebih ramai mendapat suntikan pertama, namun Malaysia melihat sebaliknya berikutan varian Delta.

“Kajian menunjukkan satu dos vaksin Pfzier hanya memberi perlindungan 33 peratus. Kita juga mempertimbangkan kaedah negara lain tetapi kerana kita mahukan hasil optimum terutama kewujudan varian membimbangkan (VoC), maka kita ikut saranan dos kedua selang tiga minggu selepas dos pertama.

“Bagi AstraZeneca kita panjangkan tempoh 12 minggu pada awalnya untuk seramai mungkin dapat divaksin dan kini kita singkatkan kepada lapan minggu.

“Walaupun ada varian Delta, vaksin yang diterima mampu memberi perlindungan optimum,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan: REKOD!! 11,079 kes baharu, hampir semua negeri meningkat

Rekod, 421,479 dos vaksin diberikan semalam – Dr Adham

Kata Noor Hisham, varian Delta merebak dengan pantas berbanding varian lain dengan kadar kebolehjangkitan (Rt) 5-10.

“Kita juga boleh melihat indikator dari negara-negara maju yang memulakan program vaksinasi tiga, empat bulan lebih awal untuk memastikan strategi terbaik dalam isu ini.

“Sebab itu kita yakin kes akan turun dan kemasukan ke wad serta ICU berkurang apabila 40 peratus populasi dewasa lengkap divaksin dua dos.

“Saya berharap program vaksinasi akan terus dapat dipertingkatkan,” katanya.

Mengenai campuran vaksin daripada dua pengeluar berbeza, Noor Hisham berkata, setakat ini tiada kajian santifik menunjukkan keberkesanannya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This