KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah menambah lima lagi ambulans untuk kegunaan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Pengarah hospital berkenaan, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, tambahan itu berikutan keadaan darurat pada masa sekarang membabitkan penggunaan ambulans yang sangat tinggi atau disifatkan beliau sebagai luar biasa.
“Panggilan yang diterima sangat banyak. Permintaan mengatasi keupayaan sedia ada,” katanya menerusi laman Facebook HTAR.
Baca artikel berkaitan: Penjelasan Pengarah HTAR isu asrama doktor dan lawatan PM
Kenyataan tersebut sebagai mengulas laporan sebuah portal berita bahasa Inggeris berhubung dakwaan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mengenai dua individu dari kawasannya gagal mendapatkan ambulans untuk menerima rawatan COVID-19 di HTAR.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

