1.5 peratus kategori 3, 4 dan 5, 129 kematian

Dari Penulis

SEBANYAK 26 kes atau 0.2 peratus daripada 10,972 kes harian yang dilaporkan pada hari ini adalah terdiri daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 42 kes (0.4 peratus) lagi adalah kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) manakala 103 kes (0.9 peratus) dalam kategori 3 (radang paru-paru).

Katanya, 4,464 kes (40.7 peratus) lagi dalam kategori 2 (bergejala ringan) dan 6,337 kes (57.8 peratus) kategori 1 (tidak bergejala).

“Secara keseluruhannya, hanya 1.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4, dan 5,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Noor Hisham, data terkini sehingga 18 Julai oleh Hospital Sungai Buloh menunjukkan penurunan ketara kemasukan kes-kes jangkitan serius (kategori 4 dan 5) dalam kalangan warga emas bermula pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-23.

Baca artikel berkaitan: 10,972 kes baharu, Selangor, KL turun, N. Sembilan meningkat

Katanya, trend penurunan ini didapati selaras dengan permulaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Kedua yang telah dimulakan seawal bulan April.

“Ia mula menunjukkan tanda-tanda awal keberkesanannya sejak ME ke-22 di mana kes kategori 4 dan 5 telah mulai berkurang bagi pesakit berumur 60-79 tahun,” jelasnya.

Sementara itu, sebanyak 129 kes kematian dilaporkan pada hari ini yang melibatkan 61 kes di Selangor, 14 kes di Kedah dan 11 kes di Kuala Lumpur.

Katanya, turut dilaporkan masing-masing 10 kes di Negeri Sembilan dan Melaka, sembilan kes di Johor, masing-masing tiga kes di Sarawak dan Terengganu, masing-masing dua kes di Sabah, Pulau Pinang, dan Perak, serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Terdapat 915 individu positif dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 435 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata Noor Hisham, terdapat 31 lagi kluster baharu dilaporkan hari ini.

Katanya, tertinggi ialah kluster tempat kerja (18), komuniti (lapan), kumpulan berisiko tinggi (dua), pusat tahanan (dua) dan import (satu).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This