Insiden tampar bukan muslim merupakan tindakan provokasi – Aaron

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

INSIDEN seorang lelaki bukan muslim ditampar individu ketika makan di bulan Ramadan, disifatkan sebagai tindakan provokasi selain tidak mencerminkan semangat perpaduan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, tindakan itu harus dihentikan dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung prinsip Rukun Negara.

“Saya juga mengutuk keras sebarang bentuk keganasan, diskriminasi dan sikap prejudis yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum.

“Saya berharap semua rakyat Malaysia beradab dalam berinteraksi antara rakyat Malaysia dan seharusnya sentiasa saling menghormati budaya,” katanya menerusi hantaran di X, hari ini.

Baca artikel lain: Santuni MADANI: KPM cakna pantau projek, pastikan siap dalam tempoh ditetapkan – Fadhlina

Aaron menambah, isu perpaduan tidak boleh dipandang remeh dan semua pihak bertanggungjawab memastikan keharmonian negara yang dibina sejak sekian lama tidak runtuh.

“Negara ini hanya akan maju jika kita bersatu, saling menghormati dan hidup dalam keadaan aman tanpa sebarang bentuk ketegangan kaum atau agama.

“Saya berharap semua pihak memberi kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This