KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini mengeluarkan video panduan mudah cara menggunakan COVID-19 Rapid Antigen Test – Saliva Home Kit.
Kit ujian kendiri COVID-19 yang diberi kelulusan bersyarat pada 21 Julai lalu oleh KKM sudah memperakui untuk diimport dan diedarkan di seluruh negara.
Sekiranya keputusan ujian anda menunjukkan positif, segera berjumpa dengan petugas kesihatan.
Ujian PCR mungkin diperlukan untuk mengesahkan keputusan anda.
Petugas kesihatan akan menentukan cara terbaik untuk merawat anda berdasarkan keputusan ujian, sejarah perubatan dan gejala.
Baca artikel berkaitan: Ikuti garis panduan pengurusan kit ujian kendiri COVID-19
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

