Roti itu hangit, tapi tetap ayah makan dengan senyuman

Dari Penulis

Suatu petang, kami minum bersama. Ayah duduk di sebelahku. Kemudian, ibu meletakkan roti bakar untuk ayah. Namun, roti itu agak kehitaman. Hangit. Dibakar terlalu lama.

Ayah tidak berkata apa-apa, jauh sekali bertanya mengapa roti itu hangit. Ayah tersenyum. Dia hulurkan tangan mengambil roti itu sambil tersenyum memandang ibu.

Ayah sapukan mentega dan jem pada roti yang sudah agak hitam. Lalu dia menggigit, mengunyah dan menelannya. Tidak sedikit pun dahinya berkerut menelan roti hangit itu. Malah, wajah ayah nampak ceria, seperti sangat menikmati makanan tersebut.

Ingin aku bertanya kepada ayah, apa rasa roti hangit itu. Namun, aku terlupa bila terus melayan perbualan ayah. Yang pasti, ayah makan roti hangit itu tanpa bersisa.

Sewaktu bangun dan berlalu dari meja, aku terdengar suara ibu memohon maaf kepada ayah kerana roti yang dihidangkannya agak hangit. Dan aku mendengar dengan jelas jawapan ayah terhadap permohonan maaf ibu itu.

Ayah berkata, “Tak perlu risau. Sesekali makan roti yang dibakar lama dan sedikit hangit pun sedap juga.”

Malam itu, ayah menjengah ke bilikku bertanyakan tentang pelajaran. Ketika itu aku bertanya pada ayah, benarkah ayah suka makan roti yang dibakar hangit.

Ayam senyum. Dia menerangkan mengapa dia menikmati roti hangit itu sekalipun rasanya agak pahit.

“Dari mula dia membuka mata, tangan ibu mu tidak pernah berhenti bekerja. Segala-galanya dilakukan terutama menguruskan keluarga dan rumah ini. Ibu mu keletihan. Jadi, sekadar roti hangit yang dihidangkan tidak mendatangkan masalah untuk ayah menikmatinya. Ayah tidak sanggup untuk menyuruhnya membuat yang baru. Itu bukan saja menambah kerjanya, malah mungkin membuat ibumu kecil hati,” jawab ayah.

Rupa-rupanya, hidup ini memang penuh dengan kekurangan. Tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib. Sebaliknya, kita perlu belajar untuk menerima kekurangan orang lain, dan bukan hanya tahu menghukum atau meminta yang baru semata-mata.

Jangan lah hanya kerana roti yang hangit menjadi punca kepada pertengkaran lalu menyebabkan ada yang terguris hati.

Yang penting, pujilah kebaikan orang sekeliling kamu. Pejamkan kesilapan kecil mereka selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan. Percakapan yang cantik umpama anak kunci. Ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.

__________

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Lembaga hitam ganggu hubungan intim’… Pelakon akui terpaksa bercerai akibat sihir pemisah

Bukan semua keruntuhan rumah tangga berpunca daripada orang ketiga atau hilangnya rasa cinta.  Ada juga yang percaya hubungan mereka musnah...

More Articles Like This