SEBANYAK 16,840 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, hampir sama seperti semalam.
Selangor terus melaporkan penularan tertinggi dengan 6,092 kes diikuti Kuala Lumpur 2,138 kes.
Jumlah kes di Selangor itu merupakan penurunan lebih 1,000 kes memandangkan semalam negeri itu mencatatkan 7,163 kes.
Walau bagaimanapun, beberapa negeri lain mencatatkan peningkatan hari ini berbanding semalam.
Paling ketara, Sabah daripada 776 kes semalam melonjak kepada 1,066 kes.
Begitu juga Negeri Sembilan yang kembali mencatatkan empat angka iaitu 1,079 kes manakala Kedah kekal tinggi dengan 1,281 kes.
Keseluruhannya terdapat enam negeri melaporkan kes melebihi 1,000 termasuk Johor, 1,104.
Baca artikel berkaitan: 2.3 peratus kes baharu dalam kategori 3 hingga 5, 174 kematian
17,170 kes baharu, hampir semua negeri melebihi 400 penularan

Berikut pecahan kes mengikut negeri.
Sehingga 30 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 16,840 kes (1,095,486 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 6,092 (401,019)
WPKL – 2,114 (121,065)
Johor – 1,104 (89,539)
Sabah – 1,066 (83,686)
Sarawak – 450 (76,243)
Negeri Sembilan – 1,079 (70,562)
Pulau Pinang – 689 (45,120)
Kedah – 1,281 (44,242)
Kelantan – 656 (42,414)
Perak – 810 (36,904)
Melaka – 581 (30,669)
Pahang – 540 (23,783)
Terengganu – 258 (16,065)
WP Labuan – 7 (9,652)
WP Putrajaya – 100 (3,835)
Perlis – 13 (688)

