90 serbuan, 6 sindiket judi berjaya ditumpaskan – Ayob Khan

Dari Penulis

DALAM tempoh dua minggu, sebanyak 90 serbuan dilakukan pihak polis ke atas rumah kedai di seluruh Johor menerusi Op Dadu Khas.

Hasil serbuan sejak 15 hingga 31 Julai lalu itu, polis berjaya menumpaskan enam sindiket judi dalam talian

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya turut menahan 118 individu berusia 19 hingga 58 tahun termasuk empat warga asing yang kesemuanya terdiri daripada penjaga premis dan pemain judi.

“Kita melihat modus operandi sindiket seperti ini akan sentiasa berubah-ubah untuk mengelak daripada dihidu polis.

“Oleh itu, kita akan meneruskan serbuan selain dalam masa sama meminta kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk membantu membanteras kegiatan judi dalam talian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Johor Bahru hari ini.

Ayob Khan berkata, pihaknya turut merampas 125 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah komputer, sebuah tablet serta wang tunai berjumlah RM20,184 dalam serbuan terbabit dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Menurutnya, 549 penjaga premis dan 156 pemain judi ditahan pihaknya menerusi 525 serbuan sejak 1 Jan hingga 31 Julai lepas manakala 74 daripada 244 permohonan yang dikemukakan kepada TNB bagi pemotongan bekalan elektrik telah diluluskan pihak itu, dalam tempoh sama.

“Bagi pembatalan lesen premis perniagaan pula, kita telah mengemukakan 224 permohonan kepada PBT dan hanya sembilan sahaja diluluskan dan dibatalkan lesen,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: Polis Johor tumpaskan judi Euro babit taruhan RM44 juta, tahan 70 bookie – Ayob Khan

Sementara itu, Ayob Khan berkata, lelaki yang dipercayai bertindak menikam dirinya sendiri di sebuah rumah di Batu 4 ¼ Parit Ponorogo dekat Muar, Sabtu lepas dan gambarnya kemudian tular melalui media sosial, disahkan memiliki rekod masalah mental.

Katanya, difahamkan lelaki berusia 48 tahun itu juga tidak mengambil ubat sejak lima tahun lepas.

“Ketika kejadian, lelaki itu dipercayai mengalami sakit kepala kerana mendengar suara-suara dan sebagainya lalu mengambil pisau dan bertindak menikam dirinya sendiri,” katanya dengan menambah lelaki itu kini stabil dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This