Gesaan Ahli Parlimen Kampar bukti Muhyiddin dapat sokongan 115 ahli Dewan Rakyat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GESAAN Ahli Parlimen Kampar dari DAP, Chong Zhemin supaya Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan disiplin terhadap 10 ahli Dewan Rakyat parti itu membuktikan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin benar mendapat kepercayaan majoriti 115 Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr. Marzuki Mohamad berkata, perkara tersebut terkandung di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, kata beliau, disebabkan tekanan politik, 10 Ahli Dewan Rakyat BN iaitu enam dari UMNO; dua MCA; satu MIC dan satu PBRS terpaksa menarik balik sokongan mereka.

Marzuki turut mempersoalkan sama ada penarikan balik sokongan itu adakah secara suci hati atau pun berada di bawah tekanan.

Jelas beliau, sekiranya mereka berada di bawah tekanan, apakah kesan perkara tersebut di sisi undang-undang dan Perlembagaan.

“Saya tak nak bawa ke situ kerana pelantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Mengapa DAP marah sangat sedangkan itu adalah urusan BN?

“Mereka berdendam kerana jika Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri dengan sokongan 10 ahli Dewan Rakyat BN ini, DAP tidak akan berpeluang berada di dalam kerajaan seperti hari ini.

Baca artikel berkaitan: SPRM wajar siasat dari mana PKR, DAP dapat dana – Marzuki

“Dengan tidak terlantiknya Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, maka kembalilah DAP menguasai kerajaan. Inilah masanya DAP menyerlahkan ‘politik dendam’ mereka seperti mana gesaan Ahli Parlimen Kampar ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, gesaan Zhemin itu turut mencerminkan sikap parti DAP yang marah kepada Muhyiddin.

Menurut beliau, ia dapat dilihat apabila sesiapa sahaja yang menyokong Muhyiddin mesti dihukum walaupun itu adalah hak sebagai Ahli Dewan Rakyat di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Marzuki memaklumkan, Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan yang menghalang tindakan lompat parti dalam kalangan Ahli-Ahli Dewan Rakyat tidak menarik balik hak Ahli Dewan Rakyat untuk menyatakan kepercayaan kepada seorang ahli Dewan Rakyat yang lain sebagai Perdana Menteri walaupun berlainan parti.

“Tindakan ahli-ahli Parlimen BN yang mempertahankan dasar ‘No DAP’ seperti mana yang disuarakan oleh akar umbi mereka sendiri tiba-tiba menjadi satu kesalahan besar. DAP tidak peduli kerana dendam mereka lebih besar daripada suara akar umbi parti orang lain.

“Saya tidak hairan dengan gesaan Ahli Parlimen Kampar ini kerana saya pernah bersama dengan mereka dahulu. Saya tahulah serba sedikit hati budi mereka,” jelas beliau.

Semalam, Zhemin menggesa BN menyiasat dan mengambil tindakan terhadap semua ahli Parlimennya yang sebelum ini menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Zhemin yang juga Setiausaha Publisiti DAP Perak berkata, siasatan dan tindakan disiplin perlu dikenakan terhadap mereka yang terbabit sekiranya BN mahu menjaga kestabilan Kerajaan Perpaduan dan mengelak insiden Langkah Sheraton berulang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This