john beasley
JOHN Beasleytelah berjaya melahirkan pelumba basikal negara yang bertaraf dunia. - Gambar FB John Beasley

JASA dan pengorbanan jurulatih pelumba basikal negara, John Beasley patut dihargai dengan memberikannya imbuhan, sambungan kontrak dan gelaran Datuk, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Atlit sukan lasak dan Penjelajah Grand Slam Negara itu berkata, pengorbanan Beasley kepada negara selama berbelas tahun dalam melatih pelumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang, perlu mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada kerajaan.
 

“Bukan mudah menjadi seorang jurulatih yang berjaya menghasilkan atlit bertaraf dunia seperti Datuk Azizulhasni dan lainnya.
 

“Kejayaan beliau dalam merancang strategi selama bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil buat atlit negara.
 
“Saya amat bersetuju agar beliau diberikan gelaran Datuk dan saya yakin Datuk Azizulhasni serta pelumba-pelumba basikal lain juga  juga berpendirian dan sependapat dengan saya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

BERITA BERKAITAN John Beasley seolah-olah terkena nasi kangkang – Azizulhasni

Muhamad Muqharabbin berkata, semenjak Beasley menjadi jurulatih, ramai pelumba tempatan yang sudah mencapai kejayaan berganda, antaranya Josiah Ang, Fateha Mustapha dan juga melahirkan para pelapis seperti Fadhil Zonis, Mohd Shah Firdaus dan Anis Roshidi yang berjaya merangkul beberapa pingat di temasya antarabangsa.

“Bahkan, setelah Azizulhasni memenangi pingat di Rio, beberapa buah negara telah menawarkan beliau untuk menjadi jurulatih bagi negara mereka, namun John Beasley menolak tawaran lumayah tersebut semata-mata untuk terus melahirkan lebih ramai  pelumba basikal Malaysia yang bertaraf antarabangsa.

“Saya berharap Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican dapat membawa dan menyampaikan perkara ini ke atas,” katanya.