Utamakan rakyat, bukan agenda berebut kuasa – Yadim

Dari Penulis

KESELAMATAN dan kesihatan rakyat sepatutnya menjadi keutamaan tertinggi pemimpin negara ketika ini, bukannya untuk berebut kuasa bermusuhan sesama sendiri.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hasan berkata, bercakaran merebut kuasa bukan sahaja merugikan rakyat daripada segenap sudut malah memalukan negara pada pandangan pihak luar.

Katanya, pemimpin yang bercakaran menghabiskan lebih banyak masa dan tenaga untuk kepentingan sendiri, hingga tanggungjawab membela rakyat semakin diabaikan.

Sehubungan itu, jelas Nasrudin, Yadim dan 130 rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bersama dalam Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) menyeru semua pihak terutamanya para pemimpin untuk menghentikan agenda bertelagah dan berebut kuasa ketika ini yang hanya akan memecah belahkan negara.

“Yadim menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menyeru kepada semua pemimpin di negara ini, supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah.

Baca artikel berkaitan: Sultan Ibrahim kecewa ada pemimpin berebut kuasa

Hentikan pergeseran merebut kuasa – Persatuan Ulama Malaysia

“Titah baginda bahawa semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah juga perlu diberikan perhatian oleh semua.

Kata Nasrudin, pada masa yang sama, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa ketika ini bukan masa sesuai untuk berebut kuasa dan bersengketa sesama sendiri ketika negara bergelut dengan pandemik COVID-19 adalah sangat tepat dan perlu dijunjung semua.

“Jika Raja Raja Melayu sendiri sudah bersuara kerana prihatin dan khuatir dengan keadaan semasa, maka amat wajarlah semua pihak di negara ini mendengar dan taat kepada titah mereka,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This