Ebit Lew dipanggil bantu siasatan di bawah tiga seksyen

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SIASATAN membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan turut mengesahkan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew telah dipanggil untuk merakam keterangan percakapannya di Bukit Aman hari ini.

Menurut Abd. Jalil, siasatan akan diteruskan sehingga polis berpuas hati dan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

“Polis mengesahkan telah merakam keterangan percakapan Ebit bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

“Siasatan akan diteruskan sehingga polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan nasihat dan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Abd. Jalil turut meminta semua pihak tidak membuat sebarang provokasi dan spekulasi berhubung siasatan berkenaan.

Baca artikel berkaitan: ‘Dipanggil bantu siasatan fitnah kejam, melampau’ – Ebit Lew

“Polis memohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa juga bahan yang boleh menjejaskan siasatan polis,” jelas beliau.

Terdahulu, Ebit yang tiba di Bukit Aman kira-kira pukul 9 pagi tadi mendakwa telah dipanggil polis ekoran fitnah yang disifatkannya sebagai kejam dan melampau.

“Saya dipanggil hari ini untuk membantu siasatan dan saksi terhadap tuduhan dan gosip di luar sana.

“Saya telah membantu, terserah sepenuhnya kepada polis. Ini satu fitnah yang kejam dan melampau tetapi saya reda,” katanya.

Semalam, UtusanTV melaporkan seorang pendakwah terkenal dipercayai akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan melibatkan kes gangguan seksual.

Sumber memberitahu, pendakwah terkenal itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok untuk diambil keterangan.

Difahamkan, pendakwah berusia lingkungan 30-an itu dipanggil untuk merakam percakapan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada akan hadir atau tidak.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan etnik Rohingya terlibat kemalangan tular di Shah Alam

POLIS sedang menjalankan siasatan dan mengesan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya yang disyaki terlibat dalam kemalangan jalan raya di...

More Articles Like This