Penjualan Ivermectin, PDRM sedia bantu KKM

Dari Penulis

POLIS sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata isu penjualan ubat berkenaan berada di bawah KKM mengikut Akta Racun 1952.

“Kita akan bantu kalau ada laporan daripada pihak KKM tentang adanya sindiket (penjualan Ivermectin), maka kita akan jalankan siasatan,” katanya selepas melakukan lawatan kerja rasmi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan promosi penjualan Ivermectin sebagai ubat yang didakwa mampu menyembuhkan jangkitan COVID-19 semakin agresif di pasaran gelap serta media sosial.

Baca artikel berkaitan: Sebiji Ivermectin 5 hari pemuda sesak nafas, KKM beri amaran

Ivermectine: FB hingga Parlimen, doktor kata jangan campur tangan

Dalam perkembangan lain, beliau sekali lagi meminta rakyat untuk tidak membuat sebarang spekulasi, hasutan atau menularkan perkara tidak benar berhubung situasi politik negara kerana ia mampu mengancam keamanan negara.- BERNAMA

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This