Tidak masuk akal PH dakwa sokongan bersyarat terhadap Ismail Sabri tidak sah – Ali Biju

Dari Penulis

DAKWAAN Pakatan Harapan (PH) bahawa syarat yang dikenakan Perikatan Nasional untuk Perdana Menteri mempunyai kerajaan yang bersih akan menyebabkan pemilihan Datuk Ismail Sabri Yaakob sebagai tidak sah adalah pentafsiran salah terhadap Artikel 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

“Hujah tersebut tidak masuk akal, tidak berasas dan menunjukkan kekecewaan pemimpin PH dalam mendapatkan sokongan mencukupi untuk calon Perdana Menteri mereka,” kata Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju hari ini.

Pemimpin PH, Datuk Mahfuz Omar, Mohamed Hanipa Maidin serta peguam pro-PH, Ambiga Sreenewasan baru-baru ini mendakwa sokongan bersyarat yang dikenakan pemimpin PN terhadap Ismail Sabri untuk menjadi Perdana Menteri tidak sah kerana tidak selari dengan kenyataan Yang di-Pertuan Agong.

Ali berkata, syarat sokongan yang dikenakan PH terhadap Ismail Sabri jika dilantik menjadi Perdana Menteri adalah bertujuan mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih demi kebaikan rakyat dan negara.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan itu dengan syarat bagi membentuk kerajaan yang bersih – dengan memastikan jemaah menteri yang bakal dilantik bukan daripada individu yang berdepan sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

“Pemisahan kuasa, kebebasan kehakiman dan menegakkan sistem raja berperlembagaan. Dakwaan PH bahawa ini membatalkan sokongan PN terhadap Ismail Sabri adalah tidak masuk akal,” katanya.

BERITA BERKAITAN Perdana Menteri baharu perlu kemuka undi percaya segera – Agong

Beliau berkata, mana-mana gabungan yang mengambil alih kuasa di Malaysia mesti mematuhi syarat-syarat ini, malah tiada pihak yang boleh menolaknya demi kebaikan rakyat dan masa depan negara.

“Adakah PH dan Ambiga sekarang ini menentang kewujudan kerajaan yang bersih dan kebebasan badan kehakiman?,” soalnya.

Katanya, adalah salah untuk mengatakan sokongan Ahli Parlimen PN kepada Ismail Sabri adalah bersyarat kerana surat Akuan Berkanun (SD) yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong yang menyokong Ismail Sabri tidak menyatakan apa-apa syarat dan disahkan mereka dalam pertemuan dengan Seri Paduka Baginda semalam.

“Mahfuz, Hanipa dan Ambiga benar-benar mengabaikan maksud Artikel 43 (4), iaitu bahawa sokongan untuk Perdana Menteri diukur berdasarkan pendirian ahli Dewan Rakyat secara individu. Dan pendirian ini telah diungkapkan dua kali kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

BERITA BERKAITAN Sokongan PN bersyarat, Ismail Sabri mesti pastikan Kabinet berintegriti – Muhyiddin

Ali hairan apabila Mahfuz, Hanipa, dan Ambiga yang merupakan mantan Presiden Peguam, telah mengambil pendirian ekstrem dan tidak logik tersebut.

Beliau berkata, orang ramai menjangkakan bahawa PH akan menyambut baik dan menyokong pemerintahan yang bersih dan kebebasan badan kehakiman, sebaliknya mereka menunjukkan sikap berlainan. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tindak-tanduk Kor Ming tak cerminkan kredibiliti menteri – MCA

TINDAK-TANDUK Nga Kor Ming disifatkan tidak mencerminkan kredibilitinya sebagai seorang menteri Kabinet. Sebaliknya, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong...

More Articles Like This