20,897 kes baharu, peningkatan di Selangor, KL

Dari Penulis

SEBANYAK 20,897 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, meningkat kembali berbanding 19,268 semalam.

Menurut data yang dikongsikan di media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peningkatan hari ini antaranya pertambahan kes di Lembah Klang.

Selangor mencatatkan 4,371 kes hari ini berbanding 3,567 semalam manakala Kuala Lumpur merekodkan 1,003 kes (672 kes semalam).

Sabah, Johor dan Sarawak kekal merekodkan kes baharu melebihi angka 2,000 hari ini.

Sabah mencatatkan 2,594 kes diikuti Sarawak (2,285 kes) dan Johor (2,159 kes).

Kedah pula merekodkan 1,942 kes diikuti Pulau Pinang (1,732 kes), Kelantan (1,479 kes) dan Perak (1,204 kes).

Sementara itu, Negeri Sembilan yang pernah mencatatkan kes harian sebanyak empat angka terus mencatatkan penurunan dengan 215 kes hari ini.

Terendah hari ini ialah Labuan dengan satu kes diikuti Putarajaya (25 kes) dan Perlis (64 kes).

Baca artikel berkaitan: KJ pengerusi mesyuarat KKM, bincang strategi tangani COVID-19

Kabinet bincang peralihan Lembah Klang ke Fasa 2 esok – Annuar

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 31 Ogos 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,897 kes (1,746,254 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 4,371 (603,995)
WPKL – 1,003 (173,239)
Sabah – 2,594 (147,843)
Johor – 2,159 (138,647)
Sarawak – 2,285 (116,558)
Kedah – 1,942 (99,042)
Negeri Sembilan – 215 (91,476)
Pulau Pinang – 1,732 (86,491)
Kelantan – 1,479 (77,526)
Perak – 1,204 (68,093)
Melaka – 417 (48,558)
Pahang – 798 (44,133)
Terengganu – 608 (33,492)
WP Labuan – 1 (9,809)
WP Putrajaya – 25 (5,398)
Perlis – 64 (1,954)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This