‘Kami rakyat Malaysia tahu Ziyad juara sebenar’ – Azizulhasni

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“KAMI rakyat Malaysia semua tahu yang Ziyad adalah juara sebenar dan pingat emas itu telah dirampas secara terang-terangan.”

Demikian kata jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang mengulas mengenai nasib menimpa atlet lontar peluru paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli yang ‘dinafikan’ pingat emas dan catatan rekod dunia dalam kategori F20 di Paralimpik Tokyo, semalam.

Walaupun pahit untuk ditelan, namun sebagai rakan atlet, Azizulhasni menasihati Muhammad Ziyad untuk cuba menerima qada dan qadar, jangan berputus asa dan terus melangkah ke hadapan.

Menerusi catatan di Instagram, Azizulhasni yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo berkata, beliau faham perasaan Ziyad kerana pernah ‘ditarik’ kemenangan pingat emas semasa Sukan Komanwel di New Delhi pada tahun 2010.

“Pertamanya saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada rakan saya, Ziyad di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang ditonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo.

“Memang sudah di atas kertas yang Ziyad adalah juara malah memecahkan rekod dunia bukan sesuatu yang mudah.

Baca artikel berkaitan: ‘Anda tetap juara di hati kami, Ziyad Zolkefli’ – Muhyiddin

Sah, emas ‘diberi’ kepada atlet Ukraine, Ziyad mohon maaf

“Namun, saya berharap Ziyad bersabar dengan ujian yang terpaksa dihadapi sekarang ini, sudah tentu ia bukan suatu keputusan yang mudah untuk diterima,” katanya dalam catatan tersebut hari ini.

Mengulas lanjut, Azizulhasni turut berharap bantahan daripada kontinjen Malaysia akan diterima dan Ziyad memperoleh kembali pingat emas yang dimenanginya.

“Ini realiti dunia sukan. Pelbagai perkara yang diluar jangkaan boleh berlaku. Kadang-kadang ianya adalah kerana kesilapan kita, dan kadang-kadang pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan.

“Jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ia memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini. Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan,” jelas beliau.

Pingat emas yang dimenangi Muhammad Ziyad di Paralimpik Tokyo dalam acara lontar peluru kategori F20, semalam dibatalkan susulan bantahan daripada kontinjen Ukraine.

Keputusan tersebut dimuktamadkan World Para Athletics dengan badan itu membenarkan protes atlet Ukraine yang dalam pertandingan semalam berada di belakang Muhammad Ziyad pada kedudukan kedua dan ketiga.

Pingat emas diputuskan menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter dan pingat perak juga milik Ukraine, Oleksandr Yarovyi yang mencatat lontaran 17.30 meter.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This